Wednesday, 18 April 2012

Mubtada' wal Khobar


Dalam buku LAA100 dan LAA200, saya telah mengajar anda semua tentang bab Mubtada (Subjek) dan Khobar (predikat). Berikut perincian sebagai ulangkaji anda.
- Khobar selalu menyesuaikan dengan Mubtada’ dalam setiap keadaan baik itu pada Mufrod, Mutsanna, Jama, Mudzakkar, atau Muannats.
Contoh :
1/2/3 Anak laki/perempuan itu taat
اَلْوَلَدُ مُطِيْعٌ
اَلْوَلَدَانِ مُطِيْعَانِ
اَ ْلأَوْلاَدُ مُطِيْعُوْنَ
اَلْبِنْتُ مُطِيْعَةٌ
اَلْبِنْتَانِ مُطِيْعَتَانِ
اَلْبَنَاتُ مُطِيْعَاتٌ
- Jika Mubtada’nya adalah Jama’ yang tidak berakal maka Khobarnya boleh menjadi dalam bentuk Jama’ atau Mufrod Muannats.
Contoh :
اَلشَّجَرَاتُ كَبِيْرَاتٌ (كَبِيْرَةٌ)
Pohon pohon itu besar
- Mubtada’ dan Khobar dapat berupa :
1. Jumlah Fi’liyyah
الجملة الفعليّة
Contoh :
اَلرِّيَاضَةُ تُقَوِّى الْجِسْمَ
Olahraga menguatkan tubuh
2. Jumlah ismiyyah
الجملة الإسميّة
Contoh :
اَلشَّمْسُ نُوْرُهَا مُنِيْرٌ
Matahari itu sinarnya terang
3. Syibhu Jumlah
شِبْهُ جُمْلَةٍ
a. Zhorf
الظّرف
Contoh :
اَلْكُرَّاسَةُ عَلَى الْمَكْتَبِ
Buku tulis itu diatas meja
b. Jarr dan Majrur
جارّ و مجرور
Contoh :
اَلصَّلاَةُ بَعْدَ اْلأَذَانِ
Sholat itu setelah adzan
Contoh I’ROB :
اَلْوَلَدُ لِبَاسُهُ جَدِيْدٌ
Anak laki itu bajunya baru
اَلْوَلَدُ   :   مُبْتَدَأٌ مَرْفُوْعٌ بِالضَّمَّةِ
Anak laki : Mubtada’ Marfu’ dengan Dhommah
لِبَاسُهُ   :   “لباس” مُبْتَدَأ ثَان مَرْفُوْعٌ بِالضَّمَّةِ ،
وَ “الهَاءُ” مُضَافٌ إِلَيْهِ مَبْنِيٌّ عَلَى الضَّمِّ فِى مَحَلِّ جَرٍّ
Bajunya : “Baju” adalah Mubtada’ Kedua Marfu’ dengan Dhommah,
Dan “Ha” adalah Mudhof Ilaih mabny atas Dhommah di tempat Jarr.
جَدِيْدٌ   :   خَبَرُ الْمُبْتَدَإِ الثَّانِى مَرْفُوْعٌ بِالضَّمَّةِ ،
وَالْجُمْلَةُ مِنَ الْمُبْتَدَإِ الثَّانِى وَخَبَرِهِ فِى مَحَلِّ رَفْعٍ خَبَر الْمُبْتَدَا اْلأَوَّل
Baru : Khobar dari Mubtada’ kedua Marfu’ dengan Dhommah,
Dan kalimat dari Mubtada’ kedua beserta Khobarnya di tempat Rof’i adalah Mubtada’ pertama.
اَلسَّمَاءُ فَوْقَ اْلأَرْضِ
Langit diatas bumi
اَلسَّمَاءُ   :   مُبْتَدَأٌ مَرْفُوْعٌ بِالضَّمَّةِ
Langit : Mubtada’ Marfu’ dengan Dhommah
فَوْقَ   :   ظَرْفُ مَكَانٍ مَنْصُوْبٌ بِالْفَتْحَةِ وَهُوَ خَبَرُ الْمُبْتَدَإِ
Diatas : Zhorfu Makan Manshub dengan Fathah dan dia adalah Khobar dari Mubtada’
اْلأَرْضِ   :   مُضَاٌ إِلَيْهِ مَجْرُوْرٌ بِالْكَسْرَةِ
Bumi : Mudhof Ilaih Majrur dengan Kasroh
هذا العلم ماخوذ من
كتاب النّحو الواضح
للمدارس الإبتدائيّة الجزء الثّالث

الأَلْوَانُ = Warna-warna

الأَلْوَانُ = Warna-warna
Pada pelajaran kali ini, kita akan mempelajari warna. Berikut warna- warna dalam bahasa Arab:
(1)
أَبْيَضُ = بَيْضَاءُ =
Putih                   اللَّبَنُ أَبْيَضُ = Susu itu putih                الْمِمْحَاةُ بَيْضَاءُ  = Penghapus itu putih

أَسْوَدُ = سَوْدَاءُ = Hitam                   القَلَمُ أَسْوَدُ = Pen itu hitam                 السَّـبُّوْرَةُ سَوْدَاءُ = Papan tulis itu hitam

أَخْضَرُ = خَضْرَاءُ =  Hijau              العُشْبُ أَخْضَرُ = Rumput itu hijau              الشَّجَرَةُ خَضْرَاءُ = Pokok itu hijau

أَزْرَقُ = زَرْقَاءُ = Biru                    الحِبْرُ أَزْرَقُ = Tinta itu biru                   الْكُرَّاسَةُ زَرْقَاءُ = Buku tulis itu biru

أَحْمَرُ = حَمْرَاءُ = Merah                 الْقَمِيْصُ أَحْمَرُ = Baju itu merah                   الْقَلَنْسُوَةُ حَمْرَاءُ = Peci itu merah

أَرْمَدُ = رَمَادِيَّةُ = kelabu              الحَجَرُ أَرْمَدُ = Batu itu kelabu                   الْكُرَةُ رَمَادِيَّةُ = Bola itu kelabu

أَصْفَرُ = صَفْرَاءُ = Kuning               الذَّهَبُ أَصْفَرُ = Emas itu kuning                  الْمِلْعَقَةُ صَفْرَاءُ = Sudu itu kuning
أَسْمَرُ = سَمْرَاءُ = Coklat                 الكِتَابُ أَسْمَرُ = Kitab itu coklat               الْمَجَلَّةُ سَمْرَاءُ = Majalah itu coklat

(2)
مَا لَوْنُ الْمَحْفَظَةِ =
Apakah warna tas itu
لَوْنُ الْمَحْفَظَةِ أَسْوَدُ =
Warna tas itu hitam
الْمَحْفَظَةُ سَوْدَاءُ =
Tas itu hitam
مَا لَوْنُ سَيَّارَتِكَ =
Apakah warna keretamu
لَوْنُ سَيَّارَتِيْ أَصْفَرُ =
Warna kereta saya kuning  
سَيَّارَتِيْ صَفْرَاءُ =
Kereta saya kuning

Perhatian:
  1. Warna dalam bahasa Arab dibedakan antara bentuk muzakkar (male) dan bentuk muannats (female). Apabila objek (benda atau orang) yang disifati (diberi) warna muzakkar, maka bentuk yang digunakan adalah muzakkar. Begitu juga sebaliknya. Perhatikan sekali lagi contoh-contoh dalam nomer satu dan juga contoh di bawah ini:
اللَّبَنُ أَبْيَضُ (Benar )              اللَّبَنُ بَيْضَاءُ (Salah )
السَّـبُّوْرَةُ بَيْضَاءُ (
Benar )           السَّـبُّوْرَةُ أَبْيَضُ (Salah )     
  1. Objek (benda atau orang) yang muannats, apabila didahuli kata لَوْنُ (warna), maka warna yang dipakai adalah dalam bentuk muzakkar (bukan bentuk muannats). Contoh:
لَوْنُ سَيَّارَتِيْ أَصْفَرُ (Benar )       لَوْنُ سَيَّارَتِيْ صَفْرَاءُ (Salah


Berikut ayat al-Qur’an yang menyebut lafaz warna:

 قال تعالى: قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ فَاقِعٌ لَوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ (البقرة: 69)

Mereka (Bani Israil) berkata (kepada nabi Musa): “Mohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya”. Musa menjawab: “ Bahwasannya sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenagkan orang-orang yang memandangnya”.       (al- Baqarah: 69)

Tuesday, 17 April 2012

Bangsa Cina Pun Boleh Dapat 'A' Bahasa Arab



Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu)


Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.
“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.
“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
SUMBER