Assalamualaikum, semalam saya telah mengajukan satu isu yang menerjah minda pelajar (LAA200). Isu tersebut ialah batalkah wuduk jika bersentuhan suami dan isteri. Secara jujurnya saya sekadar membuka minda mereka bahwa isu tersebut mempunyai khilaf dan ulamak-ulamak yang berhujjah masing-masing mempunyai dalil samada dari al-quran atau al-sunnah.
Berikut saya utarakan pandangan para ulamak
berserta dengan dalil-dalil mereka.
1. Bersandarkan dalil ayat 6 surah al-maidah:
[5.6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Menurut mazhab, Syafi'i hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).
Ini termasuk dengan isteri sendiri.
Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada
ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
____________________________________________________
Mazhab Maliki, Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk
jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat
kelazatan ketika bersentuhan.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.
______________________________________________
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah
Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

Manakala pendapat Ibnu Abbas r.a sentuh memberi kiasan kepada jimak dengan merujuk serta membandingkan ayat didalam surah ali imran dan al
baqarah di bawah
[3.47] Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."

Surah Ali imran
[2.236] Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu
menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum
kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka.
Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian
saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang
(hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang
susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang
patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat
kebaikan.
[2.237] Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum
kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk
mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu
tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak)
yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan
sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi
sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu
kerjakan.
Kesimpulannya, pandangan ulamak tersebut jelas bersandarkan dalil yang kukuh. Namun kehujjahan mereka perlu dirungkai dengan kesahihan perawi hadis dan kekuatan koleksi dalil yang mantap. Secara peribadi pandangan imam hanafi lebih tepat dengan disokong oleh majoriti ulamak dan sandaran perawi pada dalil-dalil yang dikemukan mempunyai martabat tsiqah yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment