MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA-NAMA YANG BAIK
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Nama adalah doa kepada seseorang,
maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka.
Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya
mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang
tersirat atau maksud sebenarnya.
Jika nama
tersebut buruk dan memalukan, maka pasti anak itu akan merasa rendah diri dan
tertekan manakala ibubapa tidak terlepas menanggung kesilapan atau kesalahan
tersebut.
A. Nama-Nama Larangan
1.
Penghambaan atau pengabdian
Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan
nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain.
Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain
Allah seperti ابو الكعبة Abdul-Kaabah
(Hamba
Kaabah), عبد النبيAbdun-Nabi (Hamba Nabi), عبد العزى Abdul-‘Uzza (Hamba
Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.
2.
Malikul-Amlak
Diharamkan memberi nama dengan nama ملك الاملاك‘Malikul-Amlak’
yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:
إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk
nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu
Hurairah r.a.)
.
Dalam
riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ
يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah
pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak
(kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu
Hurairah r.a.)
.
.
3. Nama
Malaikat
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan
nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata
Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’
memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin
Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”
.
.
4. Tengok Nasib Dan Penafian
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama
yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti
nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;
لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ،
فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ
أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar
(mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana
sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah
dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah
bin Jundab r.a.)
.
Dalam hadis
yang lain, Rasulullah SAW bersabda::
لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون
فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang,
keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’
ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim,
Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)
.
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut
(dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima,
juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke
dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila
ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu
dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai
nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan
membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
.
Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama
dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’.
(Tarbiyatul-Aulad)
.
.
5. Kekufuran
Dan Kejahatan
Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan
melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky,
Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.
.
.
6. Tidak
Melambangkan Islam
Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan
nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri
sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti
Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan
cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.
.
.
7. Memuji
Diri Sendiri
Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam
masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa
(sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan
sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana
ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.
.
Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji
diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu
seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW
bersabda:
لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri.
Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka
bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.” Baginda menjawab: “Zainab.”
(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)
.
Daripada
Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;
عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة
ويسار.
“Aku menegah daripada menamakan dengan
nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).
.
Imam Nawawi
berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi
nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini.
Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”
.
.
8. Gabungan
Nama
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan
isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga
merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa
seseorang.
.
Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama
‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau
pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah
menggunakan nama-nama tersebut.
.
.
9. Nama
Buruk
Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk
seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan
sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ
اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi.
Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan
‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’
dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan
‘Murrah’.” (Riwayat
Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
.
.
B. Perawatan Islam
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama
yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana
maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian
hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
1. Balqis –
ketua jin
2.
Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan
– anak jin
5.
Haikal/Haiqal – tengkorak
6.
Badrisha/Badlisha/Herisha
.
Anak-anak
ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit,
berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif
dan sebagainya.
.
C. Rendah Diri
Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil
mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga
nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana
tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.
.
Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu
kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan,
malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh
menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.
.
Sabda Rasulullah SAW : “Kamu
sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu,
maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud r.a.).
.
.
D. Panggilan Pendek
Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan
atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau
Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah
ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh
pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.
.
.
E. Penukaran Nama
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak
baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana
Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba
batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada
Muti’ (yang taat).
Aishah r.a berkata: “Rasulullah
telah menukar nama-nama yang buruk.”
(riwayat Tirmidzi).”
Ibn Umar berkata: “Anak
perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu
dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat
Tirmidzi dan Ibn Majah).
.
Ibnu Umar
r.a. menceritakan;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ
عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar
nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana
baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.” (Riwayat Imam Muslim)
.
Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya
yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu
Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?”
Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl
yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata;
“Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said
berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’
(kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat Imam
Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)
.
.
Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk
kepada yang lebih baik.
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa
nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana
maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan banyak
masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama
jin. Contohnya;
1. Balqis – ketua jin2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Badrisha/Badlisha/Herisha
.
Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan
banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil,
kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.
.
Sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak
dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah
nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan
kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama
keduanya. Jika nama anak itu ‘Nurul Balqis’,
biasakanlah memanggil ‘Nurul’ sahaja.
Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak
dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah
nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan
kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama
keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’
sahaja.
F. Nama-Nama Yang Dilarang Dalam
Islam
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama
lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:
.
A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
Asyar Paling jahat
Asiah / عاصية Wanita yang derhaka (jika di eja اسية ia membawa makna nama kepada isteri Firaun yang membela Musa a.s)
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
Asyar Paling jahat
Asiah / عاصية Wanita yang derhaka (jika di eja اسية ia membawa makna nama kepada isteri Firaun yang membela Musa a.s)
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh
Assalammualaikum..
ReplyDeleteMohon pencerahan mengenai maksud Khalaf/Qhalaf dalam bahasa Arab..
Sebab saya nak tahu sesuai atau tidak untuk digunakan sebagai nama anak lelaki yg bakal lahir nanti.
Terima kasih.
:)
Assalammualaikum...mohon pencerahan mengenai maksud Kinara atau raida dalam artiannya,sebab saya tau tahu sesuai atau tidak untuk di gunakan pda anak saya yang bakal lahir perempuan,sedangkan untuk kpanjangannya akan saya ambil dari nama Anwar Sanusi dan Uyi Suherni.terima kasih
ReplyDelete