Sunday, 22 April 2012

Beberapa Contoh Ucapan Selamat dan Tegur Sapa yang digunakan dalam Bahasa Arab LAA100 , LAA200 dan LAA300.


Beberapa Contoh Ucapan Selamat dan Tegur Sapa yang digunakan dalam Bahasa Arab LAA100 , LAA200 dan LAA300.

MELAYU ARAB NO
Selamat pagi tuan/puan

صَبَاحُ الْخَيْرِ يَا سَيَّدِيْ / سَيِّدَتِيْ

1
Selamat petang saudaraku/saudariku

طَابَ مَسَائُكَ يَا أَخِيْ /طَابَ مَسَائُكِ يَا أُخْتِيْ

2
Selamat petang tuan/puan

مَسَاءُ الْخَيْرِ يَا سَيِّدِيْ / سَيِّدَتِيْ

3
Apa khabar awak (L)/ (P)

كَيْفَ حَالُكَ ؟ / كَيْفَ حَالُكِ ؟

4
Baik, terima kasih / sangat baik

بِخَيْرٍ شُكْرًا / حَسَنٌ جِدًّا

5
Apakah Anda (L/P)  dalam keadaan sihat

هَلْ أَنْتَ / أَنْتِ بِصِحَّةٍ وَ عَافِيَةٍ ؟

6
Ya, Alhamdulillah saya dalam keadaan sihat

نَعَمْ الحمدُ لله أنا بِخَيْرٍ وَ عَافِيَةٍ

7
Sampaikan salam saya kepada orang tua Anda (L/P)

بَلِّغْ تَحِيَّتِيْ إِلَى وَالِدِكَ / وَلِدِكِ

8
Sampaikan salam saya kepada seluruh anggota keluarga Anda (L/P)

بَلِّغْ سَلاَمِيْ إِلَى أَفْرَادِ عَائِلَتِكَ / عَئِلَتِكِ

9
Terima kasih, saya (L/P) terburu-buru

شُكْرًا إنَّنِيْ مُتَعَجِّلٌ / مُتَعَجِّلَةٌ جِدًّا

10
Semoga berbahagia / semoga berhasil

حَظٌّ سَعِيْدٌ

11
Saya harap Anda (L/P) dalam keadaan baik-baik

أَتَمَنَّى لَكَ / لَكِ الْخَيْرِ

12
Saya (L/P) berterima kasih kepada Anda

أَنَا شَاكِرٌ لَكَ جِدًّ /

أَنَا شَاكِرَةٌ لَكَ

13
Saya berhutang budi pada Anda (L/P)

أَنَا مَدِيْنٌ لَكَ / لَكِ بِا لشُّكْرِ

14
Sesungguhnya saya (L/P) sangat bahagia sekali/senang sekali

إِنَّنِيْ مَسْرُوْرٌ جِدًّا / أِنَّنِيْ مَسْرُوْرَةٌ جِدًّا

15
Hal ini membuatku bahagia/gembira

هَذَا يَسُرُّنِيْ كَثِيْرًا / هذِهِ تَسُرُّنِيْ كَثِيْرًا

16
Selamat datang

مَرْحَبًا

17
Semoga berjumpa kembali

إِلَى اللِّقَاءِ

18
Sampai jumpa lagi

مَعَ السَلاَمَةِ

19
Maaf

أَسِفْ

20
Sungguh !

حَقًّا

21
Saya (L/P) harus pergi

يَنْبَغِى لِيْ أَنْ أَنْصَرِفَ

22
Maukah Anda (L/P) duduk ?

هَلْ تَتَفَضَّلْ بِلْجُلُوْسِ ؟

/ هَلْ تَتَفَضَّلِيْنَ بِالْجُلُوسِ ؟

23
Terima kasih banyak

شُكْرًا جًزِيْلاً

24
Maaf, semoga Allah meridhoi segala usahamu

عَفْوًا, وَفََّّقَكَ اللهُ

25
jom! kita pergi ke masjid

هَيَّا بِنَا نَذْهَبُ إِلَى الْمَسْجِدِ

26
Semoga Allah menerima ibadah umrah awak (L)

تَقَبَّلَ اللهُ عُمْرَتَكَ

27
Segala puji bagi Alah atas nikmat islam

الْحَمْدُ لله عَلَى نِعْمَةِ الْإسْلاَمِ

28
Semoga Allah berbuat baik padamu (L)

أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ

29
Semoga Allah memberikanku hidayah begitu juga dengan Anda (L)

هَدَانِيَ اللهُ وَ إِيَّاكَ

30
Semoga dalam perlindungan Allah

فِيْ أَمَانِ اللهِ

31
jom ikut kami segera!

هَيَّا بِنَا سَرِيْعًا

32

Thursday, 19 April 2012

hukum bersentuhan suami isteri dalam keadaan berwuduk



        Assalamualaikum, semalam saya telah mengajukan satu isu yang menerjah minda  pelajar (LAA200). Isu tersebut ialah batalkah wuduk jika bersentuhan suami dan isteri. Secara jujurnya saya sekadar membuka minda mereka bahwa isu tersebut mempunyai khilaf dan ulamak-ulamak yang berhujjah masing-masing mempunyai dalil samada dari al-quran atau al-sunnah.

Berikut saya utarakan pandangan para ulamak berserta dengan dalil-dalil mereka.


1. Bersandarkan dalil ayat 6 surah al-maidah:


[5.6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau
kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Menurut mazhab, Syafi'i hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).
Ini termasuk dengan isteri sendiri.
Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
____________________________________________________
Mazhab Maliki, Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk
jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat
kelazatan ketika bersentuhan.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

______________________________________________
Hanafi pula menafsirkannya dengan
jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62) 
Manakala pendapat Ibnu Abbas r.a sentuh memberi kiasan kepada jimak dengan merujuk serta membandingkan ayat didalam surah ali imran dan al baqarah di bawah

[3.47] Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah
disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."
Surah Ali imran
 
[2.236] Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. 
[2.237] Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.


Kesimpulannya, pandangan ulamak tersebut jelas bersandarkan dalil yang kukuh. Namun kehujjahan mereka perlu dirungkai dengan kesahihan perawi hadis dan kekuatan koleksi dalil yang mantap. Secara peribadi pandangan imam hanafi lebih tepat dengan disokong oleh majoriti ulamak dan sandaran perawi pada dalil-dalil yang dikemukan mempunyai martabat tsiqah yang boleh dipercayai.





Wednesday, 18 April 2012

NIAT BELAJAR BAHASA ARAB


NIAT BELAJAR BAHASA ARAB


Kebanyakan orang merasakan belajar bahasa arab itu sangatla susah, kursus bahasa arab pun dah ikut berkali-kali, latihan dah buat, tapi masih saja tidak mampu untuk  bercakap bahasa arab,dan menganggap“belajar bahasa Arab sangatlah susah”.

Sebenarnya apa yang membuat orang berasa susah untuk mempelajari bahasa Arab, bukankah Allah telah mengatakan bahawa agama ini sangat mudah untuk dipelajari?. Lantas kenapa kita tetap saja tidak boleh menguasai bahasa arab? jawapannya, kerana kita tak tahu caranya…

ini antara cara belajar bahasa Arab yang mampu saya kongsikan dengan anda semua.

1. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah

kalau kita nak belajar.. tak kirala subjek atau bidang apa pun.  kena pasang niat ikhlas kerana Allah semata-mata. Jangan pulak mengeluh kalau niat kita sendiri masih sonsang.  firman Allah:

إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُرْكُمْ

“jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu” (muhammad : 7)

Salah satu bentuk menolong agama Allah, adalah dengan mengagungkan syiarnya, dan bahasa Arab merupakan syiar dari agama islam.

Dari hal ini, sama-sama lah kita luruskan niat kita, ikhlaskan niat kita terlebih dahulu untuk mempelajari bahasa arab karena Allah, agar Allah memudahkan kita di dalam memahami dan mengamalkan bahasa Arab, disamping menjadi amal kita dalam beribadah kepada Allah ta’ala.

2. Belajar bahasa arab dari dasar dan tidak terburu-buru.

Jangan terburu-buru. kalau terburu-buru biasanya kita akan keciciran. Dalam bahasa arab pun sama, sikap terburu-buru hanya membuat kita cepat letih dan jemu. Kata para ulama:

منِ اسْتعجلَ شيئاً قبلَ أَوانِهِ عُوقِبَ بحرمانِهِ

“barangsiapa yang terburu-buru dalam mendapatkan sesuatu, maka ia dihukum untuk tidak mendapatkannya”

Oleh sebab tu, elokla kita mempelajari bahasa arab secara bertahap dan tidak terburu-buru. Sabar tu kan kunci kejayaan

3. Pada awal belajar, sesuai la belajar hanya pada satu guru.
Mungkin ada yang tak setuju pendapat ini. Tapi ada baiknya kalau kita yang masih meniarap dalam bahasa arab,  kita tumpu pada seorang je guru sebab setiap guru tu mungkin caranya berbeza dan fokusnya juga lain. Nanti kita pening pulak. Kalau dah tahu asas boleh la pergi menuntut dengan guru lain pulak.


Sekian wassalam….ikhlas dari Ustaz Ahmad Siddiki: buat para pelajar LAA100 dan LAA200 semester 2 2011/12

Isim Muzakkar wal Muannas

Perbincangan kita kali ini adalah mengenai muzakkar dan muannas bagi kata nama (isim). Apa yang kita akan pelajari ialah apakah yang dimaksudkan dengan muzakkar dan muannas itu, pembahagian-pembahagian muzakkar dan muannas, tanda-tanda muannas (perempuan) dan lain-lain.
Perkataan (Kalimah) dalam bahasa Arab terbahagi kepada 3:
1) Isim (Kata Nama)
2) Fi’l (Kata-kerja)
3) Huruf (Preposition)

Isim (الإسم) atau kata nama pula dibahagikan kepada 2 bahagian:
Pertama: Muzakkar (مُذَكَّر) = LelakiKedua: Muannas (مُؤَنَّث) = Perempuan
Pertama:Isim Muzakkar (الاِسْمُ المذكَر) – iaitu kata nama (isim) yang menunjukkan lelaki daripada segi lafaz dan makna yang mana boleh kita gandingkan isim ini dengan هذَا. (ini). Muzakkar terbahagi kepada dua:
1) Muzakkar Lafziyy (مُذَكَّر لَفْظِيّ)  - contoh: مُحـَمَّد (Muhammad), عَادِل (Aadil)
2) Muzakkar Ma’nawiyy (مُذَكَّر مَعْنَوِيّ) - contoh: حَـمْزَة (Hamzah),أُسَامَة (Usamah), طَلْحَة (Thalhah),مُعَاوِيَة (Muawiyah)

Kedua:
Isim Muannas (الاِسْمُ المؤنَث) – Kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan, boleh kita gandingkan isim ini dengan هذِهِ (ini).
Tanda-tanda perempuan (عَلامَاتُ التَأْنِيْث) pada kata nama ialah:
1) Tanda perempuan yang paling popular ialah تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] di akhir perkataan. تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] ini ditambahkan kepada kata nama lelaki dan kata sifat (adjektif) untuk menjadikannya perempuan. Contohnya:
a)  طالِب     طالِبَة
Thoolib (Pelajar Lelaki)  Thoolibah (Pelajar Perempuan)
b) مُحَاضِر    مُحَاضِرَة
Muhaadhir (Pensyarah Lelaki)   Muhaadhirah (Pensyarah Perempuan)
c)  كَاتِب   كَاتِبَة
Kaatib (Kerani Lelaki)  Kaatibah (Kerani Perempuan)

*Sifat yang khas bagi wanita tidak bersambung dengan taa’ marboothah seperti حَائِض (perempuan berhaid), طَالِق (perempuan kena cerai), ثَيِّب (janda). Kita tak perlu sebut dengan menambah taa’ marboothah seperti ini: حَائِضَة, طَالِقَة, ثَيِّبَة .
*Tetapi ada juga didengar perkataan  مُرْضِعَة (Perempuan yang menyusukan) ditambah taa’ marboothah pada hujung perkataan sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran(1).
2) Alif Maqsuurah (ألِف المقْصُوْرَة), iaitu ya yang tiada titik (ى) : seperti: لَيْلَى (Layla), سَلوَى (Salwa), نَـجْوَى (Najwa)
3) Alif Mamdoodah (ألِف الـمَمْـدُوْدَة), iaitu yang berakhir dengan alif mad/alif panjang serta diikuti dengan huruf hamzah, seperti: أَسمَاء (nama-nama), صَحْرَاء (padang pasir), سَمَاء (langit).
Walau bagaimanapun, untuk menentukan gender satu-satu perkataan dalam bentuk itu (Alif Maqsuurah & Alif Mamdoodah), anda hendaklah merujuk kepada kamus atau bertanya kepada guru.
* Semua nama tempat kampung, bandar, negara dan lain-lain dianggap berjenis perempuan (مؤنث) .
Contoh: مَدْيَنُ ‘Madyan’, مَكَّةُ ‘Makkah’, يَثْرِب ‘Yasrib’, dll.
* Semua benda yang berjumlah sepasang dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: عَيْنٌ (mata), يَدٌ  (tangan), نَعْـل ‘sandal’,  رِجْل (kaki),  أذُن (telinga) dll..
* Semua benda selain manusia, apabila dalam bentuk jamak (plural) iaitu jamak taksir (broken plural), ia dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: كُـتُـبٌ ‘buku-buku’, بُـيُـوتٌ ‘rumah-rumah’.
Bahagian-bahagian Muannas
Muannas daripada segi makna terbahagi kepada 2:
1) Muannas Haqiqiyy (مُؤَنَّث حَقِيْقِيّ) : digunakan ke atas semua yang beranak dan bertelur, seperti  اِمْرَأَة (orang perempuan), غُلاَمَة (budak perempuan), نَاقَة (unta betina), بَقَرَة (lembu betina) .
2) Muannas Majaziyy (مُؤَنَّث مَجَازِيّ) : digunakan ke atas semua yang tidak beranak atau bertelur, seperti  مَكْتَبَة  (perpustakaan), أُسَامَة (Usamah), دَار (rumah),صَحِيْفَة (suratkhabar), شَمْس (matahari)
Munnas daripada segi lafaz terbahagi kepada 3:
1) Muannas Lafziyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ): Kata nama (isim) yang bersambung di akhirnya dengan salah satu tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأنِيْث) [alaamah at-ta’nist iaitu التاء المربوطة والألف المقصورة والألف الممدودة ] seperti: طَلْحَة (Thalhah), حَمْزَة (Hamzah), زكَرِيَّاء (Zakariyya’). Perkataan-perkataan ini menunjukkan lelaki, Cuma daripada segi lafaz sahaja ia muannas. Apabila nak buat ayat, kena pakai hukum lelaki seperti contoh حَمْزَة يَذْهَبُ إِلَى الجَامِعَة  (Hamzah pergi ke universiti itu).
2) Muannas Ma’nawiyy (مُؤَنَّث مَعْنَوِيّ): iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan meskipun ia tidak mempunyai tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأْنِيْث) seperti: سُعَاد (Su’aad), هِنْدٌ (Hindun), شَمْس (matahari),  رِجْل  (kaki), مريم (Maryam). Bentuk ini memakai hukum Muannas Haqiqiyy, iaitu hukum perempuan, seperti هَذِهِ رِجْل  (Ini kaki), طَلَعَتْ الشِّمْسُ  (Telah terbit matahari).

3) Muannas Lafziyy Ma’nawiyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ مَعْنَوِيّ): iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan yang ada padanya salah satu tanda perempuan, seperti: صَفِيَّة (Safiyyah), شَيْمَاء (Shaima’), سَلْمـَى (Salma).

Al-a'dad wal arqam (Bilangan Nombor)


Membilang dalam bahasa arab: 1-10
Terlebih dahulu sila hafal nombor- nombor berikut (1-10):

وَاحِدٌ

Satu

اثْنَانِ

Dua

ثَلَاثَةٌ

Tiga

أَرْبَعَةٌ

Empat

خَمْسَةٌ

Lima

سِتَّةٌ

Enam

سَبْعَةٌ  

Tujuh

ثَمَانِيَةٌ

Lapan

تِسْعَةٌ

Sembilan

عَشَرَةٌ

Sepuluh

*Bagaimana pula jika kita ingin membilang benda-benda, seperti satu buku, dua buah buku dan seterusnya?
Bilangan ialah ( عَدَدٌ ). Benda yang dibilang dipanggil ma’dud (مَعْدُودٌ). Kita ambil contoh di sini ialah membilang buku. Buku ialah ma’dud.


Membilang 1 – 2:

Membilang daripada 1 hingga 2 adalah:
كِتَابٌ وَاحِدٌ : Sebuah buku.
كِتَابَانِ إِثْنَانِ : Dua buah buku.
 Bilangan 1 (وَاحِدٌ) terletak di belakang Isim Mufrad dan bilangan 2 (اِثْنَانِ) terletak di belakang Isim Mutsanna. Bila Isim yang dibilangnya itu adalah Muannats maka bentuknya pun menjadi Muannats. Contoh:
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
قَلَمٌ وَاحِدٌ
= sebuah pena
مَجَلَّةٌ وَاحِدَةٌ
= sebuah majalah
قَلَمَانِ اثْنَانِ
= 2 buah pena
مَجَلَّتَانِ اثْنَتَانِ
= 2 buah majalah

Membilang 3-10:
 Tukarkan bilangan sa kepada puluh dengan menghazafkan (membuangkan ta marbutah) disetiap akhir kalimah, kemudiannya ditambah dengan huruf wau dan nun.
Contoh:
ثلاثة
buangkan ta dibelakang kalimah. So, jadinya..
ثلاث
tambahkan huruf wau dan nun dibelakangnya
ثلاثون
*setelah itu, gabungkan sahaja apa jua bilangan yang anda inginkan… katakan, kita nak bilangan 33.. gabungkanlah sahaja dua kalimah tersebut…
ثلاثة و ثلاثون
kalau nak bilangan 37 sebagai contoh… gabungkanlah sahaja…
سبعة و ثلاثون
*Bagi bilangan 20 dan bilangan belas-belas tu… lain sikit kaedahnya.. namun tetap juga senang dan mudah…
20…dalam bahasa arab adalah
عشرون
 katakanlah kita nak bilangan 25… Jadinya..
خمسة و عشرون
bagi bilangan belas pula… perlu digabungkan dengan
عشر
so, katakanlah kita nak bilangan 17.. Jadinya…
سبعة عشر
bilangan 13…
ثلاثة عشر
wallahu a’lam…….
Bilangan 3 sampai 10 terletak di depan Isim Jamak. Bila Isim Jamak tersebut adalah Mudzakkar maka bentuk ‘Adad-nya adalah Muannats, sedang bila Isim Jamak tersebut adalah Muannats maka bentuk ‘Adad-nya adalah Mudzakkar:
JAMAK MUDZAKKAR
JAMAK MUANNATS
ثَلاَثَةُ أَقْلاَمٍ
= 3 pena
ثَلاَثُ مَجَلاَّتٌ
= 3 majalah
أَرْبَعَةُ أَقْلاَمٍ
= 4 pena
أَرْبَعُ مَجَلاَّتٌ
= 4 majalah
خَمْسَةُ أَقْلاَمٍ
= 5 pena
خَمْسُ مَجَلاَّتٌ
= 5 majalah
سِتَّةُ أَقْلاَمٍ
= 6 pena
سِتُّ مَجَلاَّتٌ
= 6 majalah
سَبْعَةُ أَقْلاَمٍ
= 7 pena
سَبْعُ مَجَلاَّتٌ
= 7 majalah
ثَمَانِيَةُ أَقْلاَمٍ
= 8 pena
ثَمَانِي مَجَلاَّتٌ
= 8 majalah
تِسْعَةُ أَقْلاَمٍ
= 9 pena
تِسْعُ مَجَلاَّتٌ
= 9 majalah
عَشْرَةُ أَقْلاَمٍ
= 10 pena
عَشْرُ مَجَلاَّتٌ
= 10 majalah
Adapun bilangan belasan (11 sampai 19) terletak di depan Isim Mufrad (Isim Tunggal) meskipun jumlahnya adalah jamak (banyak). Perhatikan pola Mudzakkar dan Muannatsnya serta tanda baris fathah di akhir setiap katanya:
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
أَحَدَ عَشَرَ قَلَمًا
= 11
إِحْدَى عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 11
اِثْنَا عَشَرَ قَلَمًا
= 12
اِثْنَتَا عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 12
ثَلاَثَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 13
ثَلاَثَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 13
أَرْبَعَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 14
أَرْبَعَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 14
خَمْسَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 15
خَمْسَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 15
سِتَّةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 16
سِتَّ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 16
سَبْعَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 17
سَبْعَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 17
ثَمَانِيَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 18
ثَمَانِيَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 18
تِسْعَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 19
تِسْعَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 19
Bilangan 20, 30, 40, dsb bentuknya hanya satu macam yakni Mudzakkar, meskipun terletek di depan Isim Mudzakkar maupun Muannats. Contoh:
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
عِشْرُوْنَ قَلَمًا
= 20
عِشْرُوْنَ مَجَلَّةً
= 20
ثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 30
ثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 30
أَرْبَعُوْنَ قَلَمًا
= 40
أَرْبَعُوْنَ مَجَلَّةً
= 40
خَمْسُوْنَ قَلَمًا
= 50
خَمْسُوْنَ مَجَلَّةً
= 50
Angka satuan dalam bilangan puluhan, disebutkan sebelum angka puluhannya; dan perubahan bentuk (Mudzakkar atau Muannats) angka satuan tersebut mengikuti perubahan bentuk Isim yang dihitungnya dengan pola seperti berikut:
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
وَاحِدٌ وَعِشْرُوْنَ قَلَمًا
= 21
وَاحِدَةُ وَعِشْرُوْنَ مَجَلَّةً
= 21
اِثْنَانِ وَعِشْرُوْنَ قَلَمًا
= 22
اِثْنَتَانِ وَعِشْرُوْنَ مَجَلَّةً
= 22
ثَلاَثَةٌ وَعِشْرُوْنَ قَلَمًا
= 23
ثَلاَثٌ وَعِشْرُوْنَ مَجَلَّةً
= 23
أَرْبَعَةٌ وَعِشْرُوْنَ قَلَمًا
= 24
أَرْبَعٌ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 24
وَاحِدٌ وَثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 31
وَاحِدَةُ وَثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 31
اِثْنَانِ وَثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 32
اِثْنَتَانِ وَثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 32
ثَلاَثَةٌ وَثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 33
ثَلاَثٌ وَثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 33
أَرْبَعَةٌ وَثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 34
أَرْبَعٌ وَثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 34
Bilangan ratusan dan ribuan terletak di depan puluhan dan satuannya.
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
مِائَةُ قَلَمٍ
= 100
مِائَةُ مَجَلَّةٍ
= 100
مِائَةُ قَلَمٍ وَقَلَمٌ
= 101
مِائَةُ مَجَلَّةٍ وَمَجَلَّةٌ
= 101
مِائَةُ وَعَشْرَةُ أَقْلاَمٍ
= 110
مِائَةُ وَعَشْرُ مَجَلاَّتٍ
= 110
مِائَتَا قَلَمٍ
= 200
مِائَتَا مَجَلَّةٍ
= 200
مِائَتَا وَثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 230
مِائَتَا وَثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 230
ثَلاَثُ مِائَةٍ قَلَمًا
= 300
ثَلاَثُ مِائَةٍ مَجَلَّةٍ
= 300
أَلْفُ قَلَمٍ
= 1000
أَلْفُ مَجَلَّةٍ
= 1000
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Adapun bilangan bertingkat (pertama, kedua, ketiga, kesepuluh, dan seterusnya) mengalami sedikit perubahan bentuk sebagai berikut:
أَوَّلُ
= pertama
سَادِسُ
= ke enam
ثَانِي
= ke dua
سَابِعُ
= ke tujuh
ثَالِثُ
= ke tiga
ثَامِنُ
= ke delapan
رَابِعُ
= ke empat
تَاسِعُ
= ke sembilan
خَمْسُ
= ke lima
عَاشِرُ
= ke sepuluh
Bila digunakan dalam bentuk kalimat, memiliki bentuk Mudzakkar dan Muannats yang mengikuti Isim Mudzakkar dan Muannats yang di depannya:
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
الْبَابُ اْلأَوَّلُ
= Bab Pertama
الْغُرْفَةُ اْلأُوْلَى
= Kamar Pertama
الْبَابُ الثَّانِيْ
= Bab Kedua
الْغُرْفَةُ الثََّانِيَةُ
= Kamar Kedua
الْبَابُ الثَّالِثُ
= Bab Ketiga
الْغُرْفَةُ الثَّالِثَةُ
= Kamar Ketiga
الْبَابُ الرَّابِعُ
= Bab Keempat
الْغُرْفَةُ الرَّابِعَةُ
= Kamar Keempat
Untuk bilangan bertingkat di atas 10 (kesebelas, keduapuluh, dst) maka hanya angka satuannya saja yang mengikuti perubahan bentuk seperti di atas. Contoh:
الْبَابُ الْحَادِيَ عَشَرَ
= Bab Kesebelas
الْبَابُ الثَّانِيَ عَشَرَ
= Bab Kedua Belas
الْبَابُ الْعِشْرُوْنَ
= Bab Kedua Puluh
الْغُرْفَةُ الثَّالِثَةُ وَالْعِشْرُوْنَ
= Kamar Kedua Puluh Tiga
الْغُرْفَةُ السَّادِسَةُ وَالسِّتُّوْنَ
= Kamar Keenam Puluh Enam
الْغُرْفَةُ الثَّامِنَةُ وَالْمِائَةُ
= Kamar Keseratus Delapan
Agar lancar menyebut angka dengan Bahasa Arab, anda harus sering membaca setiap angka yang anda temukan dengan menggunakan Bahasa Arab. wallahualam