Wednesday, 18 April 2012

Isim Muzakkar wal Muannas

Perbincangan kita kali ini adalah mengenai muzakkar dan muannas bagi kata nama (isim). Apa yang kita akan pelajari ialah apakah yang dimaksudkan dengan muzakkar dan muannas itu, pembahagian-pembahagian muzakkar dan muannas, tanda-tanda muannas (perempuan) dan lain-lain.
Perkataan (Kalimah) dalam bahasa Arab terbahagi kepada 3:
1) Isim (Kata Nama)
2) Fi’l (Kata-kerja)
3) Huruf (Preposition)

Isim (الإسم) atau kata nama pula dibahagikan kepada 2 bahagian:
Pertama: Muzakkar (مُذَكَّر) = LelakiKedua: Muannas (مُؤَنَّث) = Perempuan
Pertama:Isim Muzakkar (الاِسْمُ المذكَر) – iaitu kata nama (isim) yang menunjukkan lelaki daripada segi lafaz dan makna yang mana boleh kita gandingkan isim ini dengan هذَا. (ini). Muzakkar terbahagi kepada dua:
1) Muzakkar Lafziyy (مُذَكَّر لَفْظِيّ)  - contoh: مُحـَمَّد (Muhammad), عَادِل (Aadil)
2) Muzakkar Ma’nawiyy (مُذَكَّر مَعْنَوِيّ) - contoh: حَـمْزَة (Hamzah),أُسَامَة (Usamah), طَلْحَة (Thalhah),مُعَاوِيَة (Muawiyah)

Kedua:
Isim Muannas (الاِسْمُ المؤنَث) – Kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan, boleh kita gandingkan isim ini dengan هذِهِ (ini).
Tanda-tanda perempuan (عَلامَاتُ التَأْنِيْث) pada kata nama ialah:
1) Tanda perempuan yang paling popular ialah تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] di akhir perkataan. تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] ini ditambahkan kepada kata nama lelaki dan kata sifat (adjektif) untuk menjadikannya perempuan. Contohnya:
a)  طالِب     طالِبَة
Thoolib (Pelajar Lelaki)  Thoolibah (Pelajar Perempuan)
b) مُحَاضِر    مُحَاضِرَة
Muhaadhir (Pensyarah Lelaki)   Muhaadhirah (Pensyarah Perempuan)
c)  كَاتِب   كَاتِبَة
Kaatib (Kerani Lelaki)  Kaatibah (Kerani Perempuan)

*Sifat yang khas bagi wanita tidak bersambung dengan taa’ marboothah seperti حَائِض (perempuan berhaid), طَالِق (perempuan kena cerai), ثَيِّب (janda). Kita tak perlu sebut dengan menambah taa’ marboothah seperti ini: حَائِضَة, طَالِقَة, ثَيِّبَة .
*Tetapi ada juga didengar perkataan  مُرْضِعَة (Perempuan yang menyusukan) ditambah taa’ marboothah pada hujung perkataan sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran(1).
2) Alif Maqsuurah (ألِف المقْصُوْرَة), iaitu ya yang tiada titik (ى) : seperti: لَيْلَى (Layla), سَلوَى (Salwa), نَـجْوَى (Najwa)
3) Alif Mamdoodah (ألِف الـمَمْـدُوْدَة), iaitu yang berakhir dengan alif mad/alif panjang serta diikuti dengan huruf hamzah, seperti: أَسمَاء (nama-nama), صَحْرَاء (padang pasir), سَمَاء (langit).
Walau bagaimanapun, untuk menentukan gender satu-satu perkataan dalam bentuk itu (Alif Maqsuurah & Alif Mamdoodah), anda hendaklah merujuk kepada kamus atau bertanya kepada guru.
* Semua nama tempat kampung, bandar, negara dan lain-lain dianggap berjenis perempuan (مؤنث) .
Contoh: مَدْيَنُ ‘Madyan’, مَكَّةُ ‘Makkah’, يَثْرِب ‘Yasrib’, dll.
* Semua benda yang berjumlah sepasang dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: عَيْنٌ (mata), يَدٌ  (tangan), نَعْـل ‘sandal’,  رِجْل (kaki),  أذُن (telinga) dll..
* Semua benda selain manusia, apabila dalam bentuk jamak (plural) iaitu jamak taksir (broken plural), ia dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: كُـتُـبٌ ‘buku-buku’, بُـيُـوتٌ ‘rumah-rumah’.
Bahagian-bahagian Muannas
Muannas daripada segi makna terbahagi kepada 2:
1) Muannas Haqiqiyy (مُؤَنَّث حَقِيْقِيّ) : digunakan ke atas semua yang beranak dan bertelur, seperti  اِمْرَأَة (orang perempuan), غُلاَمَة (budak perempuan), نَاقَة (unta betina), بَقَرَة (lembu betina) .
2) Muannas Majaziyy (مُؤَنَّث مَجَازِيّ) : digunakan ke atas semua yang tidak beranak atau bertelur, seperti  مَكْتَبَة  (perpustakaan), أُسَامَة (Usamah), دَار (rumah),صَحِيْفَة (suratkhabar), شَمْس (matahari)
Munnas daripada segi lafaz terbahagi kepada 3:
1) Muannas Lafziyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ): Kata nama (isim) yang bersambung di akhirnya dengan salah satu tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأنِيْث) [alaamah at-ta’nist iaitu التاء المربوطة والألف المقصورة والألف الممدودة ] seperti: طَلْحَة (Thalhah), حَمْزَة (Hamzah), زكَرِيَّاء (Zakariyya’). Perkataan-perkataan ini menunjukkan lelaki, Cuma daripada segi lafaz sahaja ia muannas. Apabila nak buat ayat, kena pakai hukum lelaki seperti contoh حَمْزَة يَذْهَبُ إِلَى الجَامِعَة  (Hamzah pergi ke universiti itu).
2) Muannas Ma’nawiyy (مُؤَنَّث مَعْنَوِيّ): iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan meskipun ia tidak mempunyai tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأْنِيْث) seperti: سُعَاد (Su’aad), هِنْدٌ (Hindun), شَمْس (matahari),  رِجْل  (kaki), مريم (Maryam). Bentuk ini memakai hukum Muannas Haqiqiyy, iaitu hukum perempuan, seperti هَذِهِ رِجْل  (Ini kaki), طَلَعَتْ الشِّمْسُ  (Telah terbit matahari).

3) Muannas Lafziyy Ma’nawiyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ مَعْنَوِيّ): iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan yang ada padanya salah satu tanda perempuan, seperti: صَفِيَّة (Safiyyah), شَيْمَاء (Shaima’), سَلْمـَى (Salma).

12 comments: