Wednesday 18 April 2012

NIAT BELAJAR BAHASA ARAB


NIAT BELAJAR BAHASA ARAB


Kebanyakan orang merasakan belajar bahasa arab itu sangatla susah, kursus bahasa arab pun dah ikut berkali-kali, latihan dah buat, tapi masih saja tidak mampu untuk  bercakap bahasa arab,dan menganggap“belajar bahasa Arab sangatlah susah”.

Sebenarnya apa yang membuat orang berasa susah untuk mempelajari bahasa Arab, bukankah Allah telah mengatakan bahawa agama ini sangat mudah untuk dipelajari?. Lantas kenapa kita tetap saja tidak boleh menguasai bahasa arab? jawapannya, kerana kita tak tahu caranya…

ini antara cara belajar bahasa Arab yang mampu saya kongsikan dengan anda semua.

1. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah

kalau kita nak belajar.. tak kirala subjek atau bidang apa pun.  kena pasang niat ikhlas kerana Allah semata-mata. Jangan pulak mengeluh kalau niat kita sendiri masih sonsang.  firman Allah:

إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُرْكُمْ

“jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu” (muhammad : 7)

Salah satu bentuk menolong agama Allah, adalah dengan mengagungkan syiarnya, dan bahasa Arab merupakan syiar dari agama islam.

Dari hal ini, sama-sama lah kita luruskan niat kita, ikhlaskan niat kita terlebih dahulu untuk mempelajari bahasa arab karena Allah, agar Allah memudahkan kita di dalam memahami dan mengamalkan bahasa Arab, disamping menjadi amal kita dalam beribadah kepada Allah ta’ala.

2. Belajar bahasa arab dari dasar dan tidak terburu-buru.

Jangan terburu-buru. kalau terburu-buru biasanya kita akan keciciran. Dalam bahasa arab pun sama, sikap terburu-buru hanya membuat kita cepat letih dan jemu. Kata para ulama:

منِ اسْتعجلَ شيئاً قبلَ أَوانِهِ عُوقِبَ بحرمانِهِ

“barangsiapa yang terburu-buru dalam mendapatkan sesuatu, maka ia dihukum untuk tidak mendapatkannya”

Oleh sebab tu, elokla kita mempelajari bahasa arab secara bertahap dan tidak terburu-buru. Sabar tu kan kunci kejayaan

3. Pada awal belajar, sesuai la belajar hanya pada satu guru.
Mungkin ada yang tak setuju pendapat ini. Tapi ada baiknya kalau kita yang masih meniarap dalam bahasa arab,  kita tumpu pada seorang je guru sebab setiap guru tu mungkin caranya berbeza dan fokusnya juga lain. Nanti kita pening pulak. Kalau dah tahu asas boleh la pergi menuntut dengan guru lain pulak.


Sekian wassalam….ikhlas dari Ustaz Ahmad Siddiki: buat para pelajar LAA100 dan LAA200 semester 2 2011/12

1 comment: