Tuesday, 16 July 2013

Sebut betul-betul: IDUL FITRI

‘Idilfitri atau Aidilfitri?

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
 Minggu yang tenat. Penuh dengan kacau bilau tetapi dapat diatasi dengan baik. Biasanya orang yang selalu cakap pakai emosi ni bukan berdasarkan bukti dan fakta yang kukuh, pasti takkan ke mana.... Yang penting saya sudah menang.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada yang mengenali diri ini jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita terutamanya kepada para blogger dan pembaca yang setia blog ini. :cool: Terima kasih diucapkan kerana tidak pernah jemu melawat blog ini. Dengan ini, saya ingin mengucapkan Salam ‘Idilfitri buat semua, maaf zahir dan batin. Semoga kita berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
 saya nak berkongsi sesuatu. Sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita menyebut ‘Idilfitri sebagai Aidilfitri. Kiranya Aidilfitri itu adalah sebutan tradisi yang tak memberi apa-apa makna kerana di dalam bahasa arab, ejaan perayaan umat Islam ini yang sebenarnya adalah seperti di bawah. Jadi,adalah lebih baik kita menyebut dengan sebetul-betulnya kerana ‘Idilfitri lah yang membawa maksud kembali kepada fitrah, bukan Aidilfitri. Wallahua’lam
sebutan aidilfitri yang betul

No comments:

Post a Comment