Friday, 21 December 2012

AKU CINTAKANMU, WALAUPUN CINTAKU SERING TERGANGGU!

Sahaja aku mencintaimu. Sekian lama aku tidak menulis warkah cinta kepadaMu. Biarpun sebanyak mana warkah cinta yang ku tulis untukMu, tidak akan sesekali habis kalimahMu.


"Ya Allah aku cintakanMu walaupun cintaku sering terganggu!”

Allah...

Seperti insan lain, aku juga manusia yang sentiasa diuji. Bila badai melanda, Kau kukuhkanlah kemudi. Andaikata terpaksa melabuh sauh kehidupan seketika. Tenangkanlah aku. Bantu aku  untuk muhasabah tanpa berkata-kata, tanpa tindak dan gerak. Cuma fikir dan berdoa.

Aku dahagakan cintaMu ya Allah. Aku ingin Kau tahu sejahat mana pun aku, selalai mana pun aku, aku tetap cintakanMu ya Allah. Aku akui. Engkau bukan permata. Bukan juga mutiara. Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala. Engkaulah yang memegang hati ini.

Allah tolonglah jagalah hati ini. Tolong aku menjaga mazmumah yang menerjah dan melintas. Jangan biarkan dia singgah. Jikapun singgah ya Allah jangan biar ia berlama-lama. Bukan mudah “mengaplikasikan” hati dan diri pada prinsip cinta yang satu.

Aku dambakan hati yang menangis di kala malam berlabuh. Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu. Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik. Hati yang terasa keseorangan walaupun keramaian.. Hati yang mengerti maksud Mahabbah kepadaMu. Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu.

Setiap titis darah yang mengalir dalam pembuluhku setia menyebut namaMu. Berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu.


Ya Allah.......

Aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad. Kasih yang tidak berbelah bahagi Al Khalil Ibrahim. Sifat pengasihani Siti Khadijah. Rindu sesetia Rabiatul Adawiyah. Sabar secekal Fatimah. Yakin sesuci Asiah. Iman seteguh Sumayyah. Jiwa sekental Bilal bin Rabah.

Aku benar-benar ingin merasa nikmat cinta kepadaMu. Aku cintakanMu ya Allah.

Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah. Malah ku pohon agar Engkau semarakkannya dengan kasihMu dan nurMu. Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku. Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu, rahmatMu dan petunjukMu.


Biar hati ini menolak cinta insani. Biar badan lesu ditohmah kesibukan dakwah. Usah kau menangis wahai mata hati. Menangislah andai cintamu ditolak Allah. Kerna itu lebih celaka daripada menangis kerana manusia dan dunia.

Wednesday, 17 October 2012

Dakwaan Guru Tarekat Ada Pelbagai Keajaiban?

Dakwaan Guru Tarekat Ada Pelbagai Keajaiban?


DAKWAAN GURU TAREKAT ADA PELBAGAI KEAJAIBAN?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, keluarga saya ada terpengaruh dengan ajaran tarekat tertentu. Saya makin risau. Mereka asyik memuja tuan guru mereka. Mereka kata dia keturunan nabi jangan dipertikaikan, dia ada keramat, dia boleh tahu apa yang ada dalam hati kita dan macam-macam lagi. Saya nampak mereka bukan asyik menceritakan kehebatan Islam, tetapi kehebatan tok guru mereka. Harap Dr MAZA dapat berikan pendapat tentang hal ini.

Aishah, Seremban, NS.

Jawapan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Dari soalan saudari tampak saudari menghayati hakikat sebenar ajaran Islam. Islam berteraskan tauhid dan anti syirik. Asas ajaran Islam ialah membesarkan Allah dan menghayati ajaran Allah berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Jika mana-mana guru menumpukan ajarannya kepada membesar Allah dan mengikuti ajaranNya seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w, maka itulah ajaran yang benar. Jika tumpuan kepada membesarkan guru, sibuk menceritakan kehebatan guru, maka itu telah terbabas dari ajaran Allah dan rasulNya. Di sini beberapa perkara patut diberikan perhatian;

1. Kesalahan sesetengah ajaran guru tarekat mereka cuma menjadikan diri mereka pusat kekaguman pengikut dengan mengada-adakan cerita kehebatan diri. Mengambil kesempatan dari fanatik pengikut menyebabkan kita lihat walaupun tarekat kononnya mengajar penganutnya agar meninggalkan cinta dunia, tetapi guru-guru tarekat yang hidup dengan kemewahan. Bahkan, menjadi trend sesetengah guru ini untuk mendampingi orang kaya dan berkuasa.
Hal ini sangat berbeza dengan mereka yang zuhud pada zaman salafussoleh. Pada zaman dahulu, walaupun ramai penguasa yang soleh, namun golongan zuhhad (ahli zuhud) yang ikhlas ini enggan mendampingi mereka bimbangkan percikan dunia. Hari ini banyak penguasa yang tidak soleh, tetapi kita lihat golongan yang menyandar diri kepada terekat ini ramai suka memakmurkan majlis-majlis kemeriahan penguasa, memuji mereka dan mendapat habuan dari mereka. Maka, sesetengah guru menjadikan ‘bicara rohani’ atau bicara keajaiban diri untuk membina empayar harta dan pengaruh.
2. Bagaimanakah seorang guru boleh mendakwa bahawa dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada muridnya, sedangkan Rasulullah s.a.w pun tidak mendakwa demikian? Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, baginda pun menilai berdasarkan apa yang zahir dan tidak mengetahui yang batin, sedangkan baginda seorang nabi. Hanya jika ada kes tertentu yang baginda mendapat wahyu daripada Allah.
3. Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:
“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).
pokok-tamar.jpg
Gambar Hiasan – Pokok Tamar
Apakah guru tarekat lebih daripada Nabi s.a.w sehingga mengetahui segala perkara yang zahir dan yang tersembunyi?
4. Keturunan Nabi s.a.w memanglah satu kelebihan. Namun, itu bukan pengukur utama kemuliaan seseorang. Tiada sistem kasta dalam Islam. Berlebihan dalam memuliakan keturunan tertentu itu menyerupai ajaran hindu, atau dalam umat ini seperti ajaran Syiah. Sedangkan al-Quran menyebut:
“Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa” (Surah al-Hujurat: 13 ).
Nabi sendiri pernah menyebut:
“Wahai Fatimah binti Muhammad! Wahai Sofiyyah binti ‘Abd al-Muttalib! Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari (hukuman) Allah” (Riwayat Muslim).
Ertinya, yang menyelamatkan seseorang itu iman dan takwa sendiri, bukanlah keturunannya.
5. Kaum keluarga Nabi s.a.w dihormati, namun ada batasan. Prof Hamka mengkritik keras dakwaan Ibn ‘Arabi iaitu tokoh rujukan sebahagian besar golongan tarekat yang menyatakan kita hendaklah menerima apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berketurunan Nabi s.a.w. atau kaum sayyid kepada kita. Kata Prof Hamka:
“Tegasnya menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta-benda kita hendaklah redha, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggu anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan redha dengan menyerah dan sabar…maka perkataan Ibn Arabi ini ditanamkanlah kepada orang awam. Padahal sangat membawa hinanya sesetengah manusia di hadapan yang setengahnya, sehingga lebih hina mereka daripada budak yang telah sepuluh kali dijual dan sepuluh kali berganti tuan. Walaupun hartanya atau dirinya bahkan walaupun anak gadisnya diganggu oleh ahli bait, zuriat Rasul, dia menyerah saja dan wajib memandang itu sebagai nikmat sesudah iktisadnya dann hidupnya dijajah oleh British dan Belanda dan Cina, maka jiwanya pula wajib dijadikannya sebagai budak dan jajahan kepada kaum sayyid” (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 72, Selangor: Pustaka Dini).
buku-hamka.jpg
6. Para sahabah yang mulia seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain pun tidak pernah berkempen tentang kehebatan diri mereka. Sebaliknya, mereka sentiasa mengajak umat Islam mendahulukan Allah dan rasulNya. Ketika Abu Bakr r.a dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Padahal, orang seperti Abu Bakr al-Siddiq telah dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, namun masih lagi mengingatkan bahawa asas Islam kembali kepada membesarkan Allah dan RasulNya. Apakah sesetengah guru tarekat ini lebih hebat daripada Abu Bakr?
7. Sesiapa sahaja hendaklah patuh kepada al-Quran dan sunnah. Ukuran kita apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, bukannya tokoh. Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H):
“Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima, kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).
8. Islam mengeluarkan kita dari kebodohan kepada kebijaksanaan. Dari mengikut sesuatu secara membabi buta kepada menilai dan memahami sebelum mengikut. Firman Allah:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: ayat 36).
Wajib setiap perkataan guru dibandingkan dengan al-Quran dan al-Sunnah dan haram mengikut mengikut sesuatu yang jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
9. Mempelajari agama dari mana-mana tokoh bukanlah masalah utama, tetapi sikap bertaklid tanpa menilai dan berfikir itulah yang membawa kepada kesesatan. Jika ada tarekat yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih, maka tiada salah mengikutnya. Kesufian dan tasawwuf juga tidak menjadi masalah jika berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun pastikan bukan seperti yang diingatkan oleh Syeikh Manna’ al-Qattan:
“Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”( Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).

Thursday, 11 October 2012

Kenali Wahabiy

Berikutan jemputan saya kepada Dato' Dr.Johari Mat bagi memberi ceramah dalam satu program kepada warga kerja USM kampus kesihatan. Lantaran bimbang dengan tanggapan serong sesetengah individu dan kumpulan maka, berikut beberapa pencerahan yang ingin saya kongsikan bersama tentang reputasi perjuangan Salafiyyun dalam memperjuangkan Akidah Ahli sunnah wal jamaah dan membuka minda pembaca dalam memahami istilah wahabiy. (Berikut isi penulisan yang saya perolehi dari blooger saudara Aizam, sedikit pengolahan telah saya lakukan tanpa mengenepikan pandangan asal beliau.)

Isu Wahhabiyyah Kali ini dikaitkan secara direct dengan gerakan pengganas. Akibatnya ramai di kalangan para ustaz dan ahli akademik yang menjadi 'pengganas segera' akibat tuduhan melulu pihak-pihak tersebut. Turut dituduh adalah Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Dato' Dr. Johari Mat, mereka adalah ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM sejak awal mula Panel Kajian Aqidah JAKIM ditubuhkan pada tahun 1993.

Dasar dan keputusan berkenaan Wahhabi telah wujud sekian lama. Perbincangan tentang Wahabi telah dibuat beberapa kali di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.

Kesemua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan tersebut tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat". Minit-minit tentang perkara tersebut ada terdapat di dalam fail-fail sulit JAKIM...apakah bila  membentangkan isu ajaran sesat dan menyebut fakta dan keputusan rasmi bahawa 'Wahabi tidak sesat tetapi perlu disekat kerana boleh memecahbelahkan ummah', maka ada pula yang menuduh kita Wahabi? Terserahlah para penuduh dan pemfitnah sekalian. Kepada Allah SWT sahaja penulis berserah...

Berikut adalah satu tulisan tentang Wahabi yang pernah disiarkan dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM..sila baca:

Isu Wahhabi kembali muncul apabila ia mula diperkatakan terutamanya di beberapa akhbar arus perdana di negara ini. Ia kembali menjadi topik yang hangat dibincangkan oleh beberapa individu yang merasa terpanggil untuk barangkali mempertahankan fahaman atau ideologi masing-masing. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan terdapat dua kelompok utama yang begitu bersemangat dengan penuh komitmen dalam membawa isu ini ke pentas perdana sebagai paparan kepada masyarakat awam.

Pertama, golongan yang mempertahankan habis-habisan gerakan atau fahaman Wahhabi serta berusaha dengan apa cara sekalipun mengumpul hujjah untuk menyatakan bahawa kebenaran tetap berada di pihaknya tanpa sebarang kompromi. Manakala kumpulan kedua pula berusaha menegakkan hujjah-hujjah untuk menjatuhkan hukuman muktamad bagi menetapkan bahawa Wahhabi adalah kumpulan yang sesat atau dalam bahasa yang lebih lembut menyimpang daripada akidah Islam sebenar yang dianuti oleh umat Islam di Malaysia iaitu akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Secara kasar, inilah dua kumpulan yang sering diberi ruang di dada-dada akhbar untuk membentangkan ideologi serta pandangan masing-masing terhadap isu ini sehingga ia menjadi panas serta mula heboh diperkatakan semula oleh masyarakat awam bermula daripada mereka yang berpengetahuan cetek dalam agama sehinggalah kepada golongan yang dianggap oleh umum sebagai intelektual Islam.

Pada hakikatnya isu Wahhabi bukanlah satu isu baru yang kini perlu diterjemah, dikarang, dibahas mahupun dibangkitkan semula. Ini kerana isu ini telah lama bertapak di semenanjung Tanah Melayu dengan kemunculan satu golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda pada awal abad ke-20 yang lalu, kesan daripada pembawaan beberapa orang pelajar Malaysia dan Indonesia yang berkesempatan menceduk ilmu agama di Mekah, Mesir dan India.

Pada waktu itu tempat-tempat tersebut telah dipengaruhi oleh gerakan Wahhabi yang mendukung idea Ibnu Taimiyyah dan Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, manakala di Mesir timbul gerakan Islah yang dipelopori oleh Muhammad Abduh dan Rasyid Redha. Keadaan seperti ini juga berlaku di India dengan ajaran Waliyyullah al-Dahlawi.

Di Malaysia gerakan dakwah Salafiyyah yang dibawa oleh Kaum Muda ini akhirnya lebih dikenali oleh masyarakat awam sebagai kumpulan Wahhabi, ia amat sinonim dengan kumpulan tersebut memandangkan cara pergerakan mereka yang agak agresif, tambahan pula gelaran ini merupakan panggilan yang seringkali dicanang oleh musuh-musuh tradisi puak Wahhabi seumpama kumpulan-kumpulan tarekat dan golongan Asya'irah beraliran kesufian.

Ini merupakan satu fakta yang tidak boleh dipesongkan oleh mana-mana pihak, pertentangan sememangnya pernah berlaku antara Kaum Muda dan Kaum Tua satu masa dahulu, namun setelah beberapa lama isu ini mendiamkan diri, nampaknya ada pihak yang kembali memukul gendang menghingarkan suasana mengajak masyarakat berbicara semula berkisar isu yang kian menyepi ini.

Dalam menangani isu ini, kita perlu jelas tentang apakah isu sebenar yang ingin kita tangani? Adakah kita ingin menangani Wahhabi sebagai satu kumpulan ajaran sesat? Atau sekadar menangani isu-isu kontroversi yang ditimbulkan oleh kumpulan ini seumpama menolak tahlil arwah, menolak talqin mayat, menolak wirid selepas solat fardhu, menolak bacaan Yasiin pada malam Jumaat, bid'ah membid'ah dan sebagainya yang bersifat boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Bertitik tolak dari persoalan inilah maka kita perlu memulakan langkah dalam menangani gerakan Wahhabi. Menjawab kepada persoalan pertama, adakah Wahhabi merupakan satu kumpulan sesat yang perlu dibanteras sehingga ke akar umbi? Sekiranya ini yang kita pilih maka ia perlu dilihat bukan sahaja dari aspek Wahhabi dalam konteks Malaysia bahkan bermakna kita juga terjebak ke dalam menghukum sebuah negara besar umat Islam sebagai sesat, begitu juga beberapa ulama Islam dahulu dan kini yang tersohor juga sesat seumpama Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, al-Zahabi, Ibnu Kathir, Ibnu Abi al-Izz, Muhammad bin Abdul Wahab, Ibnu Uthaimin, Ibnu Baz, Nasir al-Din al-Albani dan selainnya. Adakah benar mereka ini mempunyai kaitan dengan isu Wahhabi yang ingin kita tangani di negara ini?

Merujuk kepada sejarah umat Islam, Wahhabi sering dikaitkan dengan sebuah kumpulan yang cuba untuk menghidupkan kembali Mazhab Salaf dalam memahami akidah Islam. Mazhab Salaf pula bukanlah sesuatu yang direka-reka seperti dakwaan golongan yang terlalu fanatik dalam menolak fahaman Wahhabi. Sebagai contoh Mazhab Salaf dalam pembicaraan 'nas-nas mutasyabihat' (nas-nas yang zahir lafaznya menyamai sifat makhluk) disifatkan sebagai mengambil pendirian 'al-tawaqquf al-kamil'. Ibnu al-Jauzi menegaskan apa yang dimaksudkan dengan al-tawaqquf al-kamil di sisi Mazhab Salaf itu ialah tidak berpihak kepada 'takwil' (mengambil makna lain dari sudut bahasa) dan tidak terjebak kepada 'tasybih' (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk). (Dirasat fi al-Firaq wa al-'Aqa'id al-Islamiyyah, ms. 196, dinukil daripada kitab Ibnu Jauzi, Daf'u Syubah al-Tasybih)

Sejarah juga menjadi saksi bahawa gerakan menghidupkan semula Mazhab Salaf ini didirikan semula di tengah-tengah zaman keagungan Mazhab Asya'irah yang pada ketika itu telah mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan meluas di dalam dunia Islam. Mazhab Asyai'rah bermula apabila Abu al-Hasan al-Asy'ari (332H) mula menulis hujjah-hujjah bangkangan terhadap golongan yang menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, khususnya golongan Mu'tazilah dengan menggunakan metod pemikiran sehingga menggugat kedudukan Mu'tazilah pada ketika itu. (Tamhid Li Tarikhi al-Falsafah al-Islamiyyah, ms. 289) Hasilnya perjuangan beliau telah melahirkan tokoh-tokoh Ahli Sunnah yang ramai seumpama al-Qadhi al-Baqillani (403H), al-Isfarayini (418H), Abu Mansur al-Baghdadi (429H), Imam al-Haramain al-Juwaini (478H), al-Ghazali (505H) dan selainnya begitu ramai.

Golongan di atas cuba menghidupkan kembali Mazhab Salaf bermetodkan Hanabilah yang berasaskan pengambilan dalil-dalil akidah hanya bersumberkan al-Qur'an dan Sunnah. Mereka menolak metod memahami akidah berasaskan pemikiran sebagaimana yang dilakukan oleh Mu'tazilah dan Asya'irah terutamanya sebahagian ulama Asya'irah yang melampau dalam merujuk kitab-kitab falsafah sehingga tidak dapat membezakan antara falsafah dan ilmu kalam seumpama yang berlaku kepada al-Baidhawi (661H) dalam kitabnya 'al-Thawali' dan 'Adhud al-Din al-Iji (705H) dalam kitabnya 'al-Mawaqif'. Imam al-Taftazani dalam muqaddimah kitabnya 'Ilm al-Kalam Wa Ba'dh Musykilatih' (ms. Ba) pernah menyebut: "Yang benar, sesungguhnya para mutakallim Islam khususnya golongan yang kebelakangan tidak lagi berhenti pada kadar untuk menjelaskan akidah, tetapi mereka telah melampaui sehingga berbincang tentang perkara-perkara yang hampir kepada falsafah tulin…".

Kesimpulannya, golongan Salafiyyah yang mendokong Mazhab Salaf ini wujud sebagai tindak balas kepada penggunaan Ilmu Kalam yang semakin berleluasa oleh Mazhab Asya'irah pada zaman tersebut. Ia semakin popular pada zaman Ibnu Taimiyyah apabila beliau begitu lantang dan tegas sekali dalam menolak metod pemikiran yang digunakan oleh Asya'irah untuk mensabitkan akidah. Beliau juga terkenal sebagai tokoh yang paling kuat dalam menentang kebatilan dan kesesatan yang dibawa oleh golongan Syiah dan tarekat sufi. Maka umat Islam pada ketika itu dapat dilihat terbahagi kepada dua kelompok. Satu kelompok menjadi pengikut kuat Ibnu Taimiyyah dan mengambil pandangan-pandangannya sehingga mereka menggelarkannya sebagai Syaikh al-Islam. Sementara kelompok kedua pula menentangnya, mengkritik pandangannya bahkan menyesatkannya. Seterusnya aliran Salafiyyah ini dikembangkan dengan lebih keras lagi di bawah bimbingan Muhammad bin Abdul Wahab (1206H) pada kurun ke-12 hijrah sehingga akhirnya aliran ini bertapak kukuh terutamanya di Arab Saudi dan beberapa tempat lain di dunia Islam seumpama di India dan Pakistan.

Hasil daripada ketrampilan dan kewibawaan pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, maka lahirlah satu gerakan dakwah yang teratur dan terancang dalam memerangi bid'ah dan khurafat yang berlaku di zamannya, di samping berusaha dengan gigih mengembalikan metod Mazhab Salaf dalam memahami akidah tambahan pula ia telah mendapat sokongan padu daripada pemimpin setempat iaitu Amir Muhammad bin Saud (1197H) yang akhirnya telah membantu perluasan pengaruh gerakan ini ke seluruh semenanjung Tanah Arab.

Hakikatnya Muhammad bin Abdul Wahab tidaklah bertujuan membawa fahaman baru atau mazhab baru yang terkeluar daripada mazhab empat yang utama, beliau sendiri pernah menegaskan, katanya: "Dan adapun mazhab kami adalah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal Imam Ahli Sunnah pada perkara furu' dan kami tidak mengajak berijtihad, tetapi apabila nyata kepada kami Sunnah Sahihah daripada Rasulullah s.a.w. maka kami mengamalkannya, dan kami tidak sekali-kali mendahulukannya (Nabi s.a.w.) dengan sesiapa jua". (Muhammad bin Abdul Wahab, Muslih Mazlum Wa Muftara 'Alaihi, ms. 181)

Muhammad bin Abdul Wahab juga mengakui bahawa beliau mempunyai qudwah (model) yang menjadi idola ikutannya iaitu Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, namun bukan semua itu diikuti dengan membuta tuli, beliau berkata: "Ibnu Qayyim dan gurunya (Ibnu Taimiyyah)…kitab-kitab mereka di sisi kitab adalah seutama kitab (rujukan penting), melainkan kami tidak bertaqlid dengannya dalam kesemua masalah". (Muhammad bin Abdul Wahab, Muslih Mazlum Wa Muftara 'Alaihi, ms. 181)

Seterusnya Muhammad bin Abdul Wahab juga menegaskan bahawa beliau berusaha untuk menjadi seorang pengikut Sunnah bukan terkeluar daripada Sunnah, dalam risalah beliau kepada Abdul Rahman bin Abdullah al-Suwaidi, alim ahli Iraq, beliau berkata: "Dan aku memberitahumu sesungguhnya aku dengan penuh kesyukuran seorang pengikut (Sunnah) dan bukan mubtadi' (ahli bid'ah), akidahku dan agamaku yang aku berpandu adalah Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang didokong oleh para imam muslimin, seumpama imam yang empat dan pengikut mereka sehingga ke Hari Kiamat". (Al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asolah Wa al-Mu'asarah, ms. 49)

Namun begitu gerakan Wahhabiyyah tidak sunyi daripada kesalahan dan kesilapan terutama dalam metod mereka berdakwah mengajak manusia kembali kepada Manhaj Salaf yang sebenar. Muhammad Abu Zuhrah menyebut dalam kitabnya beberapa kesilapan metodologi dakwah yang disebar oleh gerakan Wahhabiyyah, antaranya kata beliau: "Mereka (Wahhabiyyah) tidak cukup menjadikan hanya ibadat yang mesti diikuti mengikut Islam sebagaimana dalam al-Qur'an dan Sunnah serta (pandangan) Ibnu Taimiyyah, bahkan juga mengkehendaki adat juga hendaklah tidak terkeluar daripada lingkaran Islam lalu mereka mewajibkan (orang lain) apa yang mereka wajibkan ke atas diri mereka, kerana itu mereka mengharamkan rokok, bahkan bertegas dalam pengharamannya, sehingga golongan awam di kalangan mereka menganggap perokok adalah seumpama orang musyrik, maka mereka seumpama Khawarij yang (satu ketika dahulu) mengkafirkan pelaku dosa besar". (Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, jld. 1, ms. 209)

Muhammad Abu Zuhrah seterusnya memberi kesimpulan bahawa punca kesilapan mereka adalah kerana keterlaluan dalam berpegang kepada pandangan Ibnu Taimiyyah, tambahan pula mereka telah melebarkan lagi mafhum bid'ah sehingga menganggap perkara yang langsung tiada hubungkaitnya dengan ibadat juga termasuk ke dalam erti kata bid'ah, sedangkan bid'ah sebenarnya adalah perkara-perkara ibadat yang dilakukan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tanpa mempunyai asas dalil agama, contohnya meletakkan kain tirai di atas Raudhah al-Syarifah ia tidak dikatakan oleh sesiapa pun bahawa ia termasuk perkara ibadat tetapi mereka melakukannya dengan maksud menghiasinya supaya kelihatan cantik pada pandangan yang melihat… ". (Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, jld. 1, ms. 209)

Walau bagaimanapun Muhammad Abu Zuhrah tidak pernah mengatakan kesalahan ini adalah berpunca rentetan kesalahan tokoh impiannya iaitu Ibnu Taimiyyah dalam memahami akidah, bahkan dalam bukunya, beliau meletakkan satu bab khusus berkenaan Ibnu Taimiyyah menceritakan betapa gigihnya perjuangan Ibnu Taimiyyah dalam menghidupkan kembali aliran Mazhab Salaf dalam memahami akidah sehingga ditimpa dengan pelbagai ujian yang berat dan sampai kepada tahap menggugat keselamatan nyawa dan dirinya sendiri. Inilah contoh sifat amanah ilmiyyah yang dimiliki oleh Muhammad Abu Zuhrah, walaupun beliau seorang yang beraliran Asya'irah dan bersikap kontra dengan pemikiran Wahhabiyyah namun beliau tidak menghukum membabi buta setiap tokoh yang dianggap penyumbang kepada gerakan ini.

Walau apa pun kelemahan yang terdapat pada gerakan Muhammad bin Abdul Wahab namun jasa-jasa yang pernah disumbangkan oleh tokoh ini tetap tidak dilupakan, sekiranya dikaji dengan lebih jauh terdapat komentar-komentar yang berbentuk penghargaan telah dirakamkan oleh ulama-ulama dahulu dan kini terhadap gerakan Muhammad bin Abdul Wahab. Antara para ulama' yang memuji atas jasa gerakan Muhammad bin Abdul Wahab adalah Imam Son'ani (pengarang kitab Subul al-Salam), Imam Syaukani (pengarang kitab Nail al-Authar), Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, Abu al-'Ala al-Mawdudi, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syaikh Muhammad al-Ghazali, Syaikh Muhammad Qutub dan lain-lain yang kebanyakannya merupakan pendokong gerakan-gerakan Islam semenjak dahulu hingga kini yang berusaha mengembalikan khilafah Islam yang runtuh pada suatu ketika dahulu.

Kita juga boleh merujuk kepada pandangan-pandangan penulis sejarah semasa seumpama Muhammad Kurd (kitab al-Qadim Wal Hadith), Hafiz Wahbah (kitab Jazirah al-Arab fil Qarn al-'Isyrin), al-Zirkili (kitab al-'Alam) dan 'Abbas Mahmud al-'Aqqad (kitab Al-Islam fi al-Qarn al-'Isyrin). Sekiranya pengkajian dilakukan dengan pemikiran yang terbuka maka kitab-kitab ini akan dibaca dengan lapang dada namun sekiranya tidak sudah tentu semua nama-nama yang dinyatakan di atas juga akan dituduh sebagai penganut Wahhabiyyah atau cenderung (bias) Wahhabi walaupun mereka hanya merupakan pemerhati dan pengkaji sejarah yang profesional.

Berbalik kepada isu sebenar kepada persoalan pertama di atas iaitu, adakah Wahhabiyyah merupakan salah sebuah ajaran sesat? Jawapan mudah yang kita boleh berikan ia bukanlah sebuah ajaran sesat bahkan akidah golongan ini adalah masih berada dalam lingkungan kelompok Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Justeru itu kita tidak dapati kitab-kitab yang membicarakan persoalan Firaq Islamiyyah (Pecahan Mazhab Akidah Islam) masakini memasukkan mereka sebagai golongan ahli bid'ah, tetapi mereka boleh kita kategorikan sebagai antara golongan yang tasyaddud (keras) dalam mempertahankan alirannya dan sememangnya sudah menjadi lumrah setiap yang berlebih-lebihan itu akan membawa keburukan kepada ahlinya sendiri, maka dengan itu kita akan dapati terdapat golongan yang terlalu berang dengan kewujudan kumpulan ini sehingga ke peringkat menyesatkan mereka bahkan ke peringkat mengkafirkan mereka.

Di negara-negara Islam Timur Tengah pertembungan antara Wahhabiyyah (yang dikatakan mewakili golongan yang mendokong Mazhab Salaf atau aliran Salafiyyah) dengan beberapa individu serta kumpulan tertentu yang mendokong aliran Asya'irah sememangnya berlaku. Banyak kitab-kitab yang dikarang oleh tokoh-tokoh aliran masing-masing untuk mempertahankan ideologi mereka. Di sebelah pihak yang mewakili Wahhabiyyah sudah tentulah tokoh-tokoh tersebut tertumpu kepada ulama-ulama besar serta ahli-ahli akademi yang berasal dari Negara Arab Saudi yang menjadi pusat pertumbuhan aliran ini, mereka hanya meneruskan kesinambungan mempertahankan akidah yang mereka terima semenjak turun temurun sebagaimana yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah yang lalu.

Manakala di pihak yang menentang pula maka timbul beberapa nama yang cukup terkenal dalam usaha menentang keras aliran Wahhabiyyah, maka lahirlah nama-nama seumpama Muhammad Zahid al-Kauthari (1371H) yang terkenal dengan kitabnya 'Maqalat al-Kauthari', Hasan al-Maliki pengarang kitab 'Muzakkirat al-'Aqa'id' dan yang paling menonjol pada ketika ini iaitu Hassan bin Ali al-Saqqaf yang banyak mengarang kitab-kitab menolak gerakan Wahhabiyyah bahkan sampai kepada tahap cuba menolak kewujudan aliran Mazhab Salaf (yang berlainan pandangan dengan mazhab Asya'irah) serta pendokong-pendokongnya seumpama Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah serta selainnya.

Kelantangan al-Saqqaf berdakwah dalam memerangi Wahhabiyyah atau Salafiyyah terutama di Negara Jordan juga didokong dan disokong penuh oleh satu kumpulan beraliran ekstrimis Asya'irah bergelar al-Ahbasy. Al-Ahbasy merupakan satu kumpulan yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habasyi yang berpandangan cukup melampau dalam membangkang golongan Wahhabi dan Salafi sehingga ke peringkat mengkafirkan beberapa ulama Islam tersohor secara terang lagi nyata seumpama Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dan Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi. Tindakan mereka ini akhirnya telah membawa kepada pengharaman kumpulan ini dengan difatwakan sebagai sesat oleh beberapa ulama besar dan institusi fatwa terkemuka seumpama Prof. Ali Jum'ah, Mufti Mesir, Institut Kajian Islam Universiti al-Azhar, Institut Kajian Ilmiyyah Arab Saudi dan Majlis Tertingga Fatwa Amerika Selatan.

Pemikiran al-Saqqaf ini juga tidak disenangi oleh para ulama Asya'irah semasa seumpama Syaikh Syuaib al-Arna'uth yang merupakan muhaqqiq hadith tersohor, begitu juga para ahli akademi seumpama Prof. Dr. Qahthan al-Duri al-Iraqi, Dekan Kulliyyah al-Dirasat al-Fiqhiyyah Wa al-Qanuniyyah Universiti Al al-Bayt, Jordan yang merupakan pengarang kitab Usul al-Din al-Islami yang menjadi sebahagian silibus pengajian kebanyakan universiti-universiti Timur Tengah pada hari ini. Mereka memberi komentar bahawa kaedah pendekatan yang dibawa oleh al-Saqqaf boleh menimbulkan salah faham di kalangan generasi baru umat Islam terhadap tokoh-tokoh ulama terdahulu serta menggalakkan budaya tuduh-menuduh serta boleh membawa kepada fitnah kafir mengkafir sesama umat Islam.

Di samping itu al-Saqqaf juga dikatakan mempunyai kecenderungan kepada Syiah walaupun beliau bukan seorang Syiah (istilah Arab dipanggil mutasyaiyyi'), ini berkemungkinan disebabkan oleh pandangan beliau yang banyak menyebelahi Syiah seumpama mempertikaikan Mu'awiyah sahabat Rasulullah s.a.w., mentashihkan hadith "ana madinat al'ilmi wa Aliyyu babuha" (aku bandar ilmu sedangkan Ali pintunya), menolak hadith Kitab Allah dan Sunnahku dan mentashihkan hadith Kitab Allah dan Ahli Baytku serta pandangan selainnya yang menyebabkan beliau dituduh sebagai berkecenderungan Syiah. Antara kesan buruk daripada kelantangan golongan ini menentang golongan Salafiyyah, akhirnya ia telah memberi satu kelebihan buat mazhab Syiah untuk memantapkan hujjah-hujjah mereka, sekiranya kita merujuk kepada kitab-kitab Syiah kontemporari kita akan dapati satu metod baru yang dilaksanakan oleh Syiah adalah menggunakan bahasa Ahli Sunnah untuk menolak Ahli Sunnah sendiri. Antaranya ia boleh dirujuk di laman web Syiah beralamat di aqaed.com/shialib/books.

Secara keseluruhan apa yang dibahas, dibincang dan diperdebatkan oleh kedua-dua pihak yang bertelagah ini sama ada golongan ekstrimis Asya'irah mahupun ekstrimis Salafiyyah Wahhabiyyah adalah terlalu jauh untuk difahami oleh lapisan masyarakat umat Islam di Malaysia yang setakat mempunyai pengetahuan asas dalam agama. Di dalam kitab-kitab pihak yang bercakaran ini tumpuan perbahasan adalah berkisar perkara-perkara khilaf berhubung masalah ayat-ayat mutasyabihat (yang zahirnya menyerupai makhluk) sama ada ia perlu ditakwil ataupun tidak, soal menentukan Manhaj Salaf yang sebenar antara metod takwil dan tafwidh, mempersoalkan kesahihan dari sudut pendalilan sesuatu hukum, mempersoalkan kedudukan martabat satu-satu hadith yang dijadikan sumber hukum, mempersoalkan kewibawaan tokoh satu-satu aliran malah sehingga ke peringkat mempersoalkan akidah seseorang tokoh dan alirannya seolah-olah mereka bukan dari Ahli Sunnah bahkan mengeluarkan mereka daripada Islam!

Apakah isu yang seumpama ini sesuai untuk dibangkit serta diwar-warkan ke seluruh negara dengan alasan ia perlu untuk menjamin kesejahteraan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sekian lama wujud di negara ini. Jika itu alasannya maka satu persoalan yang perlu dilontarkan adakah sebelum wujudnya aliran Wahhabiyyah maka umat Islam di negara ini sudah benar-benar berpegang teguh kepada Ahli Sunnah yang beraliran Asya'irah tanpa memasukkan ke dalamnya sebarang anasir atau unsur-unsur luar seumpama pengaruh sesetengah tarekat kesufian (tasawwuf teosofi) yang menyimpang dan adat setempat yang bersalutan dengan pelbagai khurafat. Jika jawapannya benar maka memang tepat sekali kita membenamkan terus gerakan Wahhabiyyah ini kerana ia sememangnya mengancam akidah umat Islam, tetapi sekiranya tidak maka kita perlu menilai apakah kesilapan sebenar mereka dan seterusnya menangani mereka mengikut kadar kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan tanpa perlu lebih daripada itu.

Kesimpulannya kita hendaklah bersikap lebih adil dalam menilai pihak yang terlibat dalam isu ini, Wahhabiyyah di Malaysia hendaklah ditangani sebagai satu isu yang timbul hasil daripada sikap kefanatikan sesetengah pendokong dan pengikutnya. Ia tidak wajar dihukumkan sehingga melibatkan mereka yang langsung tiada kena-mengena dalam isu ini seumpama membabitkan pengkafiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim serta pengharaman buku-buku mereka sehinggalah wujud satu tradisi mengajak masyarakat label-melabel tokoh-tokoh ulama besar termasuk menuduh Dr. Yusof al-Qardhawi sebagai Wahhabi bahkan mana-mana ulama yang beraliran kontra dengan Asya'irah adalah termasuk ke dalam golongan Wahhabiyyah.

Lihat bagaimana ketika Dr. Yusof al-Qardhawi ditanya tentang dakwaan bahawa gerakan Ikhwan Muslimun beriktikad dengan aliran Asya'irah. Beliau menjawab: "Tuduhan bahawa Ikhwan Muslimun termasuk ke dalam Asya'irah tidak langsung mengurangkan kedudukan mereka, ini kerana umat Islam sendiri majoriti mereka adalah Asya'irah Maturidiyyah-mereka adalah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, imam mereka adalah Abu al-Hasan al-Asy'ari, Malikiyyah dan Syafi'iyyah beraliran Asya'irah manakala Hanafiyyah beraliran Maturidiyyah. Universiti-universiti agama di dunia Islam juga Asya'irah atau Maturidiyyah: al-Azhar di Mesir, al-Zaitunah di Tunisia, al-Qurawiyyin di Maghrib dan Dioband di India…maka sekiranya kita mengatakan bahawa Asya'irah bukan Ahli Sunnah sudah tentu kita akan menghukum umat Islam keseluruhannya dengan kesesatan…manakala saudara kita Salafiyyun yang mencela Asya'irah secara mutlak, mereka melakukan kesilapan dan melampau, oleh itu Asya'irah (sememangnya) adalah daripada Ahli Sunnah…walaupun pada hakikatnya Ikhwan Muslimun bukanlah pada umumnya beraliran Asya'irah, dan tidak juga memerangi Asya'irah, mereka menyandarkan akidah mereka pertama daripada al-Qur'an dan kedua daripada Sunnah seterusnya melihat daripada pandangan mana-mana pihak yang terbaik buat mereka…". (Islam Online)

Satu lagi contoh yang boleh kita bawa adalah fatwa Muhammad al-Soleh al-Uthaimin (Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi yang dianggap sebagai tonggak Wahhabiyah) ketika beliau ditanya tentang hukum mengkafirkan atau mengfasiqkan ahli takwil di kalangan umat Islam. Beliau menjawab: "Hukum mengkafirkan atau mengfasiqkan bukanlah tanggungjawab kita, bahkan ia merupakan hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, ia termasuk dalam hukum-hakam syara' yang perlu dirujuk kepada Kitab dan Sunnah, maka wajib kita tathabbut (teliti dengan mendalam) benar-benar tathabbut, maka tidak dikafirkan atau difasiqkan sesiapa melainkan orang yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah atas kefasiqannya atau kekafirannya, kerana asal seorang muslim itu kekal Islamnya dan kekal kejujurannya ('adalahnya) sehinggalah ada dalil syara' yang menunjukkan penafiannya". (al-Qawa'id al-Muthla fi Sifat al-Allah Wa Asma'ihi al-Husna, ms. 148)

Dua contoh di atas sudah cukup kepada kita untuk menunjukkan sifat adab dan amanah ilmiyyah yang masih dipegang oleh para ulama Ahli Sunnah walaupun boleh jadi mereka berbeza pandangan dengan sesama mereka namun mereka sedar bahawa kesemuanya masih dalam lingkungan Islam dan Ahli Sunnah. Inilah apa yang cuba diperjuangkan oleh Imam Hasan al-Banna ketika beliau cuba menyatukan kembali umat Islam di zamannya di bawah gerakan Ikhwan Muslimun sehingga lahirnya Usul al-Isyrin yang menetapkan beberapa asas penting untuk mengembalikan kesatuan umat Islam pada waktu itu. Antara apa yang ditekankan oleh beliau adalah hakikat perselisihan pendapat yang wujud adalah tidak mungkin dielakkan, namun ia tidak sekali-kali boleh dijadikan alasan punca umat Islam mesti berpecah, malah perselisihan itu berlaku kerana kecintaan kepada Allah (untuk mencari realiti keilmuan yang benar) dan kerjasama untuk sampai kepada kebenaran tanpa sebarang perbalahan yang tercela dan unsur-unsur ketaksuban. (Majmu' al-Rasa'il, ms. 13)

Seorang sufi terkenal al-Harith al-Muhasibi sebagaimana yang disalin oleh Jamaluddin al-Qasimi di bawah bab 'Nasihat li Thalib al-Ilmi' (nasihat kepada penuntut ilmu) menyebut: "Hendaklah kamu wahai murid, memilih jalan yang beradab terhadap para imam yang lalu, dan jangan kamu melihat kepada perkataan (komen negatif) mereka ke atas (imam) yang lain melainkan dengan dalil yang nyata. Kemudian sekiranya kamu mampu mentakwilnya dan bersangka baik dengannya maka hendaklah berbuat demikian, sekiranya tidak maka tinggalkan apa yang berlaku di kalangan mereka, sesungguhnya kamu tidak dijadikan untuk ini (menghukum mereka), maka sibukkan diri dengan apa yang berfaedah kepada kamu dan tinggalkan apa yang tidak berfaedah kepada kamu". (al-Jarh Wa al-Ta'dil, ms. 73)

Setelah memahami kesemua fakta-fakta di atas dengan sebaik-baiknya, kesimpulan yang boleh dibuat ialah hanya satu sahaja masalah yang belum selesai sehingga terus menerus mengekang dan menguasai situasi beragama dan bermazhab di negara ini iaitu masalah kefanatikan atau ketaksuban kepada idelogi atau fahaman yang dipegang dan pelajari. Inilah isu sebenar yang belum selesai sehingga timbulnya isu seumpama ini yang akhirnya tiada berkesudahan. Kedangkalan memahami senario bermazhab di Malaysia yang telah sinonim dengan mazhab fiqh beraliran Syafi'iyyah (mazhab Syafi'e) serta mazhab akidah beraliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menolak semenjak dahulu lagi sebarang fahaman lain selain Ahli Sunnah seumpama Mu'tazilah, Syiah Rafidhah, Murji'ah, Khawarij dan sebagainya adalah punca utama yang menyumbang kepada krisis antara umat Islam di Negara ini semakin kronik.

Menurut Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin tidak keterlaluan jika kita rumuskan bahawa masyarakat Islam Malaysia khususnya orang awam dalam aspek aqidah, fahaman Asya’irah adalah sinonim dengan Ahli Sunnah. Sementara aliran lain seperti Salaf Ibn Taimiyyah dan Wahhabiyyah tidak begitu dikenali atau tidak dianggap sebahagian daripada aliran Ahli Sunnah. Oleh itu apabila aliran ini dibincang dan diketengahkan ke dalam masyarakat walaupun untuk tujuan ilmiah, masyarakat Islam terasa ganjil dan resah kerana terdapat kelainan dengan apa yang mereka fahami dan hayati. (Abdul Shukor Husin 1998. Ahli Sunnah Wal-Jamaah Pemahaman Semula, Bangi: UKM)

Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil, Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah, mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunnah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama sebagaimana sebahagian mereka, untuk itu apa yang perlu ditangani adalah kesilapan dan kesalahan metod dakwah mereka yang menjadi punca timbulnya isu-isu kontroversi di dalam masyarakat dan bukan sehingga memperkatakan dan membesarkan isu-isu lain yang langsung tiada kena mengena dengan fenomena yang sedang berlaku khususnya di kalangan umat Islam Malaysia pada hari ini.

Selaras dengan pendirian tersebut Panel Kajian Aqidah (PKA) JAKIM kali ke-14 pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa kumpulan Wahhabiyyah yang disandarkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab itu tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang perlu diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan perselisihan masalah cabang yang cuba dibangkitkan oleh segelintir mereka dari masa ke semasa. Bukannya dengan memperbesar-besarkan isu-isu lain yang tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Islam di Negara ini.

Wednesday, 3 October 2012

LAA 100 TERJEMAHAN (MS 66-70)




PELAJARAN KE TIGA (M/S 66)
RUMAHKU YANG BAHARU
PERBUALAN 1
Abdul Hadi  dan Yusuf di Georgetown
Yusuf:              Dimanakah rumah awak yang baharu?
Abdul Hadi:     Rumah baharu saya di gelugor
Yusuf:              Apa jenis rumah awak?
Abdul Hadi:     Jenis rumah saya rumah banglo
Yusuf:               Awak tinggal di jalan mana?
Abdul Hadi:     Saya tinggal di jalan Gelugor 1.
Yusuf:              Apakah warna rumah awak?
Abdul Hadi:     Rumah saya berwarna biru.
Yusuf:              saya tinggal di flat
Abdul Hadi:     Apa nama flat awak?
Yusuf:              Nama flat saya Mutiara
Abdul Hadi:     Apa nombor flat awak?
Yusuf:              Nombor flat saya 5-5-7

PERBUALAN KEDUA
Di rumah Abdul Hadi yang Baharu.
Yusuf:              Ada berapakah bilik di rumah awak?
Abdul Hadi:     Rumah saya ada enam bilik.
Yusuf:              Masyallah! Rumah ini luas dan sungguh selesa.
Abdul Hadi:     Disini ruang tamu dan disana dapur.
Yusuf:              Dapur awak sungguh besar
Abdul Hadi:     Bilik makan dekat dengan dapur.
Yusuf:              Ada berapakah bilik tidur?
Abdul Hadi:     ada dua buah bilik.
Yusuf:              Dimanakah bilik awak?
Abdul Hadi:     Bilik saya dihadapan bilik makan.
Yusuf:              Dimanakah bilik mandi?
Abdul hadi:     Bilik mandi di belakang bilik tidur saya.

** Sila buat latihan 1, 2 dan 3 dari muka surat 68-69.






Kata nama tunggal, duaan dan ramai. (m/s 70)




                     Tunggal : seorang guru (L)
                     Duaan    : dua orang guru (L)
                     Ramai     : Para guru (L)

                  Tunggal : Seorang guru (P)
         Duaan    : dua orang guru (P)
         Ramai     : Para guru (P)


Nota tambahan:

1.Ramai atau jamak (Plurals) adalah  kata nama merujuk bilangan tiga dan keatas shj. 

2.Jika kata nama tersebut merujuk kepada Muzakkar (lelaki) maka dalam keadaan musanna (duaan) ditambah "alif dan nun" pada akhir kalimah asalnya. Manakala Jamak (ramai) pula di tambah "waw dan nun" diakhir kalimah.

3. Jika kata nama tersebut merujuk kepada Muannas (perempuan) maka dalam keadaan musanna (duaan) ditambah "alif dan nun" pada akhir kalimah asalnya. Manakala Jamak (ramai) pula di tambah "alif dan ta maftuhah" (selepas di buang huruf ta marbuthah pada lafaz mufradnya).

4. Jamak   taksir, ialah kata nama yang merujuk ramai dan tiada kaedah tertentu bagi mengenalinya kecuali melalui simai' (pendengaran) pertuturan orang arab atau bacaan melalui penulisan teks arab.


Sunday, 2 September 2012

KEBIADABAN SYIAH DI SYRIA/SURIAH (2011 – 2012)

Pada suatu hari, anakku Aiman sedang menunggang basikalnya di kawasan taman perumahan. Bangga dengan basikal baru yang aku belikan dalam bulan ramadhan lalu. Tetiba anakku terjatuh dan menangis . Anakku yang ini agak manja tapi cermat orangnya. Aku melihat dari jauh, si abangnnya Haikal datang kepadaku sambil memapah adiknya. Baba....man jatuh basikal lutut dia luka. Aku menyuruh si abang mengambil basikal adiknya dan simpan ditempat sepatutnya. Aiman menangis tak henti...aku melihat dilututnya tiadalah luka apa pun. Adik sakit ke?...man darah kat lutut ni Baba.

Kemudian aku memanggil abangnya haikal dan syaima memeriksa kut-kut ada luka pada badan aiman. Mereka mengatakan....tak dak luka pun Baba, man ni manja la. Lantas aku pun mula bercerita padanya: Baba ada seorang kawan yang sangat baik dia tinggal jauh sangat di negara Arab, nama dia uwaish. Dia ada anak namanya kamil dan humaira’. Baru-baru ni kawan baba tu antar gambar anak-anak dia kamil dan humaira’. Abang haikal, man dan syaima nak tengok tak? Mereka menjawab...nak-nak.(kelihatan aiman mula berhenti menangis) Saya pun membuka laptop tetapi belum memaparkan foto  sambil bercerita pasal anak uwaish kepada anak-anak saya: nak tahu tak...gambar ni kalu abang, man dan syaima tengok mesti terkejut. Sebab semua gambar ni menunjukkan muka kamil sedang sedih tapi dalam hati dia sangat gembira (sambil saya membuka foto dibawah bahagian muka shj.)...aiman pun bertanya kepada saya: Baba, kenapa baba kata dia gembira? Saya menceritakan tafsiran surah aly imran 169...bahawa jangan disangkakan seseorang yang mati di jalan Allah itu mati seperti orang biasa, mereka tetap hidup dan mendapat rezeki dariNya.

Kemudian saya lanjutkan cerita tentang syurga. Humaira’ ni perempuan macam syaima kan...dia pakai tudung tapi orang jahat buang tudung dia lepas tu di potong kaki Humaira’...tapi Humaira’ dapat kaki baru dengan tudung baru di syurga. Si abang Haikal pula mencelah...kenapa orang jahat tu bunuh Kamil dan Humaira’. Saya menjawab:  “ORANG JAHAT TU ORANG KAFIR DIA BUKAN ISLAM DIA ADALAH ORANG SYIAH. Bila abang haikal dengar orang sebut syiah maka abang kena tahu dia adalah orang kafir yang jahat dan suka bunuh budak-budak baik macam abang”. Akhir sekali anak-anak saya pinta agar saya tunjukkan gambar sepenuhnya Kamil dan Humaira’....dalam dilema saya dibuatnya. Saya meminta anak-anak saya menyebut  SUBHANALLAH apabila saya membuka setiap foto...maka anak-anak saya pun menyebutnya dengan nada yang perlahan...saya membuka foto yang pertama...mereka terpinga-pinga melihat foto tersebut, namun mulut mereka masih menyebut “SUBHANALLAH”. Saya meneruskan ke beberapa foto yang seterusnya...sambil hati saya berdoa agar Allah mengurniakan benih-benih jihad dihati mereka. Masayallah...pada gambar yang keseterusnya dengan air mata saya yang sudah menitis,  bakal-bakal kamil dan humaira’ (anak-anak saya) menyebut makin kuat kalimah SUBHANALLAH....tanpa henti dan hati saya sungguh takjub pada saat tersebut kerana Allah telah mengurniakan benih jihad pada insan sekcil mereka yang belum mengerti beza antara luka dilutu dan sakit dipotong kaki, mereka tidak merasai sakit sebagaimana anak-anak kecil di syria rasai. Aku hanya mampu menyebut SUBHANNALAH WA BIHAMDIH SUBHANALLAH HIL ADZIM.......YA ALLAH YA TUHAN KAMI ENGKAU TELAH MENGURNIAKAN BAGI KAMI ZURIAT DAN PASANGAN YANG MENYEJUKKAN HATI KAMI, ENGAKU MEMBERIKAN JANNAH BAGI MEREKA YANG MENGADAIKAN NYAWA DAN HARTA DEMI MEMBELA KESUCIAN ISLAMMU. YA ALLAH JADIKAN LAH KAMI SEBAHAGIAN DARI MEREKA. BIARLAH PERIT SAKIT DIPOTONG KAKI, DIBAKAR MUKA, DI KAMBUS HIDUP-HIDUP, DIGANTUNG LEHER, DIPOTONG KEMALUAN KAMI, ISTERI-ISTERI KAMI DIPERKOSA , KANDUNGAN MEREKA DIRACUNI, PERUT-PERUT MEREKA DI HIRIS DENGAN PISAU API...NAMUN KAMI POHON KAU KURNIAKANLAH KEKUATAN JIHAD DI HATI-HATI KAMI. ENGKAU LAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA. AMIN YA RABB.....


IKHLAS: 29/8/2012

Ahmad siddiki abdul kadir