Tuesday, 23 September 2014

Hukum Membaca Al-Ma’tsurat karya Hasan Al-Banna



Tanya:
Afwan ustadz, ana ada pertanyaan. Al-Ma’tsurat itu apa ya? Menurut teman, Al-Ma’tsurat isinya kumpulan wirid yang ma’tsur (yang dulu dipakai oleh Rasul). Mulai dari pertama sampai akhir ada dalil shahihnya. Bukan karangan Hasan Al-Banna. Beliau hanya mengumpulkan dan membantu mengurutkan wirid yang biasa digunakan Rasul supaya memudahkan kaum muslimin mempergunakan. Mohon penjelasannya ustadz. Apakah shahih wirid dan dzikir yang ada dalam Al- Ma’tsurat tersebut? Jazakallaahu khairan.
Jawab:
Tidak benar bahwa buku Al-Ma’tsurat karya Hasan Al-Banna hanya berisi hadits shahih, tetapi terdapat pula hadits lemah bahkan palsu. Selain itu, juga terdapat beberapa bentuk bid’ah pada sebagian isi buku tersebut. Hal ini terjadi karena Hasan Al-Banna bukanlah tergolong ke dalam ulama, melainkan hanya seorang pegiat dakwah sebagaimana yang dinyatakan oleh Syaikh Al-Albâny, Syaikh Muqbil, dan selainnya.
Tiada ulama ahlus sunnah terkenal pada masa ini yang menganjurkan untuk membaca buku tersebut. Masih banyak buku-buku dzikir yang lebih baik dan lebih bermanfaat.
Sumber: http://dzulqarnain.net/tentang-al-matsurat-karya-hasan-al-banna.html
Bolehkah Membaca Al-Ma`tsurot?
Pertanyaan:
Apa kita boleh membaca Al-Ma`tsurot? Tolong dijawab.
Jawaban:

Al-Ma`tsurat adalah kitab kecil yang berisi dzikir-dzikir dan do’a-do’a. Kitab ini ditulis oleh Hasan Al-Banna, pendiri gerakan Ikhwanul Muslimin yang beraqidahkan shufiyyah. Di dalam kitab tersebut tidak dijelaskan derajat haditsnya, apakah shahih, hasan atau dha’if, sehingga kita tidak merasa aman dan tenang dalam mengamalkannya, walaupun memang di dalamnya disebutkan sebagian hadits-hadits yang shahih.

Akan tetapi, kita mempunyai kaidah dalam mengambil ilmu (lihat tanya jawab dalam edisi sebelumnya) yaitu kita mengambil ilmu dari ahlus sunnah baik melalui lisannya ataupun kitab-kitab yang telah mereka tulis. Hendaklah kita hanya mengambil ilmu dari ahlus sunnah.

Tentang siapakah sesungguhnya Hasan Al-Banna, apa manhaj dan aqidahnya, bisa meruju’ kepada buku: “Hasan Al-Banna Seorang Teroris?”

Adapun dalam mengamalkan hadits, maka harus diperhatikan masalah keshahihannya. Yang shahih/hasan kita amalkan dan yang dha’if kita tinggalkan. Karena kalau kita mengatakan bahwa hadits ini shahih padahal dha’if berarti kita berdusta atas nama Rasulullah, sedangkan Rasulullah sendiri menyatakan: “Berdusta atas namaku tidak seperti berdusta atas nama orang lain dan barangsiapa yang secara sengaja berdusta atas namaku maka bersiap-siaplah tempat duduknya di neraka.” (Hadits Mutawaatir, lihat Muqaddimah Shahiih Muslim)

Banyak kitab yang ditulis oleh para ulama yang jauh lebih baik daripada kitab Al-Ma`tsurot, seperti Hisnul Muslim, karya Asy-Syaikh Sa’id bin Wahf Al-Qahthaniy, Al-Kalimuth Thayyib, karya Ibnu Taimiyyah dengan tahqiq Asy-Syaikh Al-Albaniy, Kalimah Thayyibah, karya Ibnul Qayyim dengan tahqiq Asy-Syaikh Salim Al-Hilaliy, dan kitab-kitab lainnya yang telah ditahqiq oleh para ulama.

Semoga kita selalu ditunjukkan kepada jalan yang lurus. Wallaahu A’lam.
Sumber: Buletin Al Wala’ wal Bara’ Edisi ke-24 Tahun ke-3 / 13 Mei 2005 M / 04 Rabi’uts Tsani 1426 H
Artikel Lainnya:

Thursday, 14 August 2014


Kenali Penulis sebelum membeli dan membaca buku

Tabiat suka membaca dan membeli buku atau kitab merupakan satu amalan yang baik. Namun untuk memantapkan lagi pembacaan, pembaca perlu berhati-hati dalam memilih bahan bacaan yang ingin dimiliki. Di antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah - mengenali penulisnya terlebih dahulu.

Ini kerana terdapat sebahagian buku bacaan dalam bidang yang berkaitan ilmu-ilmu Islam ditulis oleh penulis yang tidak diketahui latar belakangnya malah sejauh mana penguasaannya dalam aspek yang ditulisnya itu.

Terdapat sebahagian buku yang langsung tidak diketahui identiti sebenar penulisnya. Ini amat menyedihkan kerana pembaca bukan sekadar tidak tahu latar belakangnya malah nama penuhnya juga tidak dinyatakan.

Sebahagian buku pula menyatakan penulisnya dengan nama penuh tetapi tidak dapat dikenal pasti pula apakah latar belakang pengajian penulis dengan lebih lanjut. Ini juga sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan apakah penulisan itu penulisan yang diyakini datang dari penulis yang mengetahui atau tidak.

Manakala buku-buku agama yang lain pula kita dapati ditulis oleh mereka yang diketahui latar belakangnya. Buku-buku sebegini pula boleh kita bahagikan kepada 2 bahagian:

1-Penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang melayakkan dirinya menulis tentang agama.

2- Penulis yang mempunyai latar belakang yang tidak berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam namun ingin menunjukkan kebolehan menulis.




(sekadar hiasan)

Saya tidaklah ingin menasihatkan pembaca supaya 'jangan membaca' buku daripada penulis bahagian kedua iaitu yang tidak ada latar belakang ilmu Islam, tetapi nasihat saya ialah - berhati-hati dan buatlah perbandingan dengan buku lain. Mengapa saya nasihatkan demikian? Kerana beberapa sebab:

Pertama, penulis yang tidak ada latar belakang khusus berkaitan agama dan bahasa Arab, sebenarnya terdedah kepada pelbagai kesilapan kerana tidak ada gambaran umum tentang apa yang ditulisnya. Malah terkadang kita dapati penulis sebegini akan banyak membuat salinan dan memindahkan maklumat daripada buku-buku lain. Maka dalam hal ini, penulis ibarat penyusun semata-mata. Ada juga kalangan mereka yang sengaja memaparkan namanya tanpa menberitahu kepada pembaca tentang karya asal buku tersebut dan ini di kira sebagai jenayah dalam ilmu.

Kedua, terbukti dalam sebahagian daripada buku yang saya temui ditulis oleh mereka yang tidak ada latar belakang pengajian agama dan bahasa Arab secara khusus - mereka melakukan kesilapan dalam mengetengahkan fakta. Kesilapan yang dilakukan berpunca - antaranya ialah - kerana menggunakan buku terjemahan disebabkan mereka tidak mampu merujuk buku rujukan asal yang dicetak dalam Bahasa Arab, membuat rujukan yang terhad kepada satu atau dua buku semata-mata dan lain-lain sebab.

Saya akhiri dengan satu pernyataan mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja -

"kalaulah seorang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang agama pun BERKEMUNGKINAN melakukan kesilapan dalam penulisan, apatah lagi mereka yang TIDAK ada kelulusan khusus....bayangkan pula mereka yang langsung TIDAK DIKENALI".

Maka berhati-hatilah dalam memilih bahan bacaan berkaitan ilmu-ilmu Islam.

Selamat membaca.

Monday, 21 July 2014

Tabur bungan dan menyiram air atas kubur

Amalan meletakkan cebisan-cebisan bunga di atas kubur dan menyiram air di atasnya.

Hukum meletakkan cebisan-cebisan bunga setakat pencarian saya, tiada asas dari sumber-sumber yang sahih dari al-Quran dan Hadith. Namun menyiram air di atas kubur selepas mengebumikan mayat terdapat riwayat yang menyebut:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رش على قبر ابنه إبراهيم ووضع عليه حصباء. رواه الشافعي

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyiram(merenjis) air di atas kubur anaknya Ibrahim dan meletakan batu di atasnya.” Hadith riwayat Imam Syafi’ie(rujuk: Nail al-Awtar, al-Syaukani)
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdullah RA berkata:
رُشَّ عَلَى قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَاءِ رَشًّا ; فَكَانَ الَّذِي رَشَّ عَلَى قَبْرِهِ بِلَالُ بْنُ رَبَاحٍ بَدَأَ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ مِنْ شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى انْتَهَى إلَى رِجْلَيْهِ

Maksudnya: “Kubur Nabi SAW telah disiram air ke atasnya, baginda SAW yang menyiram air di atas kubur Bilal bin Rabah iaitu Baginda SAW memulakan(siraman) dari kepalanya dari sudut kanan sehingga di bahagian kaki.” (Rujuk: Nail al-Autar, al-Syaukani)
Meski pun hadith mengenai siraman air ke atas kubur adalah lemah, namun ia menguatkan antara satu sama lain. Amalan ini juga disebut secara jelas di dalam fatwa mazhab-mazhab fiqh, iaitu pendapat mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah)
Apakah tujuan siraman ini?
Imam Nawawi menyebut di dalam ‘al-Majmuk’, bab janaiz:

ولأنه إذا لم يرش عليه الماء زال أثره فلا يعرف ، ويستحب أن يجعل عند رأسه علامة من حجر أو غيره
Maksudnya: …dan jika tidak disiramkan air ke atasnya(kubur), maka kesan kubur(pengkebumian) akan hilang dan tidak dikenali. Disunatkan juga meletakkan tanda yang berbentuk batu dan selainnya di bahagian kepala.

Menurut Imam al-Buhuti al-Hanbali di dalam kitab ‘Kasyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, kitab janaiz:
ولأن ذلك أثبت له ، وأبعد لدروسه ، وأمنع لترابه من أن تذهبه الرياح
Maksudnya: …dan kerana untuk menguatkan kubur, menjauhan ia dari hilang kesannya dan menghalang tanah kubur itu diterbangkan oleh angin.

Jelas di sini, siraman di atas kubur tidak memberi apa-apa manfaat kepada si mati. Ia merujuk agar kesan kuburan itu tidak hilang dan diterbangkan oleh angin, agar orang yang lalu lalang dapat membezakan antara tanah biasa dan tanah perkuburan. 
Amalan ini amat sesuai di tanah Arab atau padang pasir memandangkan keadaan tanahnya yang kering dan berpasir yang mudah hilang kesannya akibat tiupan angin. Manakala di Malaysia, tanahnya lembab dan tidak sekering di padang pasir, malah jika ditiup angin sekali pun ia tidak memberi apa-apa kesan. 
Sesiapa yang menyiram air di atas kubur dengan mempercayai bahawa ia memberi kesan kepada mayat, maka ini adalah perkara yang terlarang dan bercanggah dengan ajaran Islam. 

Terdapat pandangan lain yang mengharuskan meletakkan bunga atau sebarang tumbuhan hijau, namun pandangan ini amat bertentangan dengan ruh islam. berikut saya utarakan hujah mereka. 

1) Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah at-Thoolibiin : II/120

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ
Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)
2)
Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan : 


" Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya. Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di sisi kepala mayat di kubur tersebut "
Kesimpulannya,  pendapat ini sudah lama dipraktikkan bersandarkan pada hadis pelepah tamar tsbt... tapi sebahagin besar ulama menyatakan bahaw bab pelepah tamar yg dipacakkan oleh Nabi SAW ke atas dua kuburan itu adalah berkaitan dgn KHUSUSIYAT Baginda SAW.
dan perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.

s

Wanita dan Iktikaf


Adakah wanita mempunyai bahagian dalam i’tikaf? Apakah syarat-syarat i’tikaf bagi wanita? Bolehkah wanita beri’tikaf di rumah? Bagaimanakah pulangan rohani hasil daripada i’tikaf? Apakah cara yang betul bagi wanita utk beriktikaf?

Sheikh Abdul Khaliq, ulama’ dari al-Azhar dan ahli Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa. Beliau menjelaskan bahawa wanita boleh beri’tikaf di masjid,kerana selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, terdapat ibu-ibu yang beri’tikaf di masjid, dengan syarat telah  mendapatkan keizinan dari suami. Rasulullah s.a.w bersabda, ”Jangan kamu menghalang hamba perempuan ke masjid Allah.” Tetapi ini tidak bermakna bahawa i’tikaf adalah suatu tuntutan kepada wanita, bahkan beberapa hari beri’tikaf di masjid pastinya mempengaruhi keadaan rumah, keperluan suami dan anak-anak. Beliau menyebut bahawa salah satu daripada syarat wanita beri’tikaf di masjid ialah tempat yang sunyi, aman dan mestilah berasingan dengan lelaki bagi mengelakkan fitnah. Manakala wanita yang sedang haid dilarang ke masjid melainkan darurat seperti memang bekerja atau menyampaikan ilmu di masjid. Demikian, wanita yang sedang haid ke masjid bertujuan untuk beribadah adalah tidak dibolehkan. Selain itu, syarat i’tikaf bagi lelaki dan wanita ialah; khusyuk,memberi tumpuan dan dilarang bercakap-cakap serta ketawa kerana ia adalah bertentangan dengan makna i’tikaf itu sendiri.

Kisah salafussoleh menceritakan bahawa, rumah adalah masjid dan tempat ibadah bagi wanita. Maka, wanita boleh solat dan beribadah di rumah atau bilik khas di dalam rumah mereka. Tetapi malangnya, kebanyakan dari kita membahagikan bilik-bilik di rumah untuk pelbagai tujuan, kecuali solat.
Beliau menjelaskan bahawa i’tikaf bagi wanita di rumah boleh dilakukan dalam bentuk terbuka, iaitu bukan di dalam bilik solat khas demi mencapai tujuan i’tikaf; kerana mereka perlu memenuhi keperluan anak-anak, menjawab panggilan di pintu, dan pelbagai keperluan lain sepanjang wanita tersebut berada di rumah.
Syarat i’tikaf seterusnya ialah beri’tikaf di masjid yang ada menunaikan solat Jumaat, supaya orang yang beri’tikaf tidak perlu keluar ke masjid lain untuk menunaikan solat Jumaat. Hal ini juga kerana orang yang beri’tikaf tidak boleh memutuskan i’tikafnya kecuali untuk hal darurat. Oleh itu, wanita dibenarkan beri’tikaf di dalam rumah agar dia boleh beribadah, berkhalwat, dan bermunajat  sepanjang tempoh anak-anaknya tidur atau pada waktu lapang.

I’tikaf Hakiki
I’tikaf hakiki akan memberi kesan tarbawi dan rohani. I’tikaf adalah pencuci bagi roh, senaman bagi hati, dan  wasilah kepada Allah S.W.T, dengan syarat yang menepati makna i’tikaf hakiki– iaitu i’tikaf sebagai selengkap-lengkap ibadah. Tanpa ada percakapan hal keduniaan, atau perbualan sesama orang-orang yang beri’tikaf, mahupun perbualan di telefon bimbit. Ini menunjukkan semua itu melalaikan hati kita, dan membuatkan kita jauh daripada Allah.
Sheikh Saed ‘Askari menasihatkan bahawa i’tikaf memberi kesan dalam hati dan penyucian jiwa. Proses berkhalwat bersendirian bersama Tuhan akan mengubah hati dan jiwa manusia menjadi lebih soleh dan beriman. Beliau menegaskan bahawa antara ibadat terbaik ialah kesungguhan para nabi, sahabat dan tabiin dalam menyempurnakan penyatuan hati mereka dengan Allah. Diriwayatkan oleh para solihin bahawa wanita dibenarkan beri’tikaf di masjid, ianya bukanlah berdosa sekiranya tempat i’tikaf aman dan wanita tersebut mendapat izin suami. Sudah pasti juga, tiada bayi dan kanak-kanak supaya tidak menggangu orang-orang lain yang beri’tikaf.
Sheikh ‘Askari menerangkan bahawa tidak ada tempoh tertentu untuk beri’tikaf. Namun bagi wanita,  tempoh beri’tikaf baginya di masjid ialah ketika dia memasuki masjid, menetap dan berkhalwat di dalamnya, serta dia tidak sibuk dengan urusan dunia.

Tidak Bertentangan
Dr. Su’ad Soleh, Dekan Pengajian Islam dan Bahasa Arab bagi pengajian wanita di Universiti al-Azhar menegaskan bahawa i’tikaf adalah sunat dan tidak wajib. Sekiranya i’tikaf bertentangan dengan tugas mereka sebagai seorang isteri dan ibu, maka tiada i’tikaf di masjid ke atas mereka. Seperti isteri-isteri Nabi S.A.W, mereka pergi beri’tikaf kerana mempunyai anak-anak yang sudah dewasa dan bagi pemudi yang tiada kewajipan, mereka dibolehkan beri’tikaf dengan izin wali mereka.

Beliau juga menekankan bahawa tidak boleh keluar dari i’tikaf kecuali darurat dan keperluan yang melampau, seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Jika wanita mampu beri’tikaf di rumah, maka tidak ada salahnya. Beliau turut menerangkan bahawa i’tikaf tidak ada masa atau tempoh tertentu. Jika seorang wanita diberi izin untuk tempoh tertentu, maka dibolehkan untuknya beri’tikaf di masjid sama ada waktu malam ataupun siang; sepanjang tempoh yang dibenarkan itu.

Kesimpulan
Sudah terlalu banyak kemudahan yang Allah berikan buat kita untuk melakukan amal ketaatan kepada Allah s.w.t pada hari ini. Jika bukan semua nikmatnya digunakan untuk berpenat lelah, menahan nafsu, dan bersabar dalam mentaati Allah, maka apalah guna semuanya di dunia ini. Kita sudah tidak punya alasan…
فبأي ءالاء ربكما تكذبان
“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan..
-Surah Ar-Rahman-

Monday, 7 July 2014

Assalamualaikum wbt..
Semoga para pelajar sekalian dalam lindungan kerahmatan dan keampunan dari Azzawajjalla di sepanjang masa.

Entri kali ini ana akan memperkenalkan antum semua dengan aplikasi pencarian status hadis. Ana sudah menggunakan entri ini beberapa tahun dahulu,  dan ia amat membantu. Pengetahuan tentang asas bahasa Arab penting dalam aplikasi ini. Antum cuma taip beberapa perkataan dalam tulisan arab kemudian tekan butang carian (بحث).
Sila buat carian di google seperti
berikut:  http: //www. dorar.net/enc/hadith.

Ini penting agar antum dapat memastikan status sesuatu hadis.  Dalam aplikasi ini diterangkan perkara seperti :
1.Periwayat (الراوي)
2. Di rekodkan oleh (المحدث)
3. Sumber (المصدر)
4. Kesimpulan status perekod (خلاصة حكم المحدث)

Ok,  antum sekalian boleh la install di PC,  tablet atau smart phone antum aplikasi ini.  Selamat mencuba moga Allah permudahkan.. Amin