Monday 21 July 2014

Wanita dan Iktikaf


Adakah wanita mempunyai bahagian dalam i’tikaf? Apakah syarat-syarat i’tikaf bagi wanita? Bolehkah wanita beri’tikaf di rumah? Bagaimanakah pulangan rohani hasil daripada i’tikaf? Apakah cara yang betul bagi wanita utk beriktikaf?

Sheikh Abdul Khaliq, ulama’ dari al-Azhar dan ahli Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa. Beliau menjelaskan bahawa wanita boleh beri’tikaf di masjid,kerana selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, terdapat ibu-ibu yang beri’tikaf di masjid, dengan syarat telah  mendapatkan keizinan dari suami. Rasulullah s.a.w bersabda, ”Jangan kamu menghalang hamba perempuan ke masjid Allah.” Tetapi ini tidak bermakna bahawa i’tikaf adalah suatu tuntutan kepada wanita, bahkan beberapa hari beri’tikaf di masjid pastinya mempengaruhi keadaan rumah, keperluan suami dan anak-anak. Beliau menyebut bahawa salah satu daripada syarat wanita beri’tikaf di masjid ialah tempat yang sunyi, aman dan mestilah berasingan dengan lelaki bagi mengelakkan fitnah. Manakala wanita yang sedang haid dilarang ke masjid melainkan darurat seperti memang bekerja atau menyampaikan ilmu di masjid. Demikian, wanita yang sedang haid ke masjid bertujuan untuk beribadah adalah tidak dibolehkan. Selain itu, syarat i’tikaf bagi lelaki dan wanita ialah; khusyuk,memberi tumpuan dan dilarang bercakap-cakap serta ketawa kerana ia adalah bertentangan dengan makna i’tikaf itu sendiri.

Kisah salafussoleh menceritakan bahawa, rumah adalah masjid dan tempat ibadah bagi wanita. Maka, wanita boleh solat dan beribadah di rumah atau bilik khas di dalam rumah mereka. Tetapi malangnya, kebanyakan dari kita membahagikan bilik-bilik di rumah untuk pelbagai tujuan, kecuali solat.
Beliau menjelaskan bahawa i’tikaf bagi wanita di rumah boleh dilakukan dalam bentuk terbuka, iaitu bukan di dalam bilik solat khas demi mencapai tujuan i’tikaf; kerana mereka perlu memenuhi keperluan anak-anak, menjawab panggilan di pintu, dan pelbagai keperluan lain sepanjang wanita tersebut berada di rumah.
Syarat i’tikaf seterusnya ialah beri’tikaf di masjid yang ada menunaikan solat Jumaat, supaya orang yang beri’tikaf tidak perlu keluar ke masjid lain untuk menunaikan solat Jumaat. Hal ini juga kerana orang yang beri’tikaf tidak boleh memutuskan i’tikafnya kecuali untuk hal darurat. Oleh itu, wanita dibenarkan beri’tikaf di dalam rumah agar dia boleh beribadah, berkhalwat, dan bermunajat  sepanjang tempoh anak-anaknya tidur atau pada waktu lapang.

I’tikaf Hakiki
I’tikaf hakiki akan memberi kesan tarbawi dan rohani. I’tikaf adalah pencuci bagi roh, senaman bagi hati, dan  wasilah kepada Allah S.W.T, dengan syarat yang menepati makna i’tikaf hakiki– iaitu i’tikaf sebagai selengkap-lengkap ibadah. Tanpa ada percakapan hal keduniaan, atau perbualan sesama orang-orang yang beri’tikaf, mahupun perbualan di telefon bimbit. Ini menunjukkan semua itu melalaikan hati kita, dan membuatkan kita jauh daripada Allah.
Sheikh Saed ‘Askari menasihatkan bahawa i’tikaf memberi kesan dalam hati dan penyucian jiwa. Proses berkhalwat bersendirian bersama Tuhan akan mengubah hati dan jiwa manusia menjadi lebih soleh dan beriman. Beliau menegaskan bahawa antara ibadat terbaik ialah kesungguhan para nabi, sahabat dan tabiin dalam menyempurnakan penyatuan hati mereka dengan Allah. Diriwayatkan oleh para solihin bahawa wanita dibenarkan beri’tikaf di masjid, ianya bukanlah berdosa sekiranya tempat i’tikaf aman dan wanita tersebut mendapat izin suami. Sudah pasti juga, tiada bayi dan kanak-kanak supaya tidak menggangu orang-orang lain yang beri’tikaf.
Sheikh ‘Askari menerangkan bahawa tidak ada tempoh tertentu untuk beri’tikaf. Namun bagi wanita,  tempoh beri’tikaf baginya di masjid ialah ketika dia memasuki masjid, menetap dan berkhalwat di dalamnya, serta dia tidak sibuk dengan urusan dunia.

Tidak Bertentangan
Dr. Su’ad Soleh, Dekan Pengajian Islam dan Bahasa Arab bagi pengajian wanita di Universiti al-Azhar menegaskan bahawa i’tikaf adalah sunat dan tidak wajib. Sekiranya i’tikaf bertentangan dengan tugas mereka sebagai seorang isteri dan ibu, maka tiada i’tikaf di masjid ke atas mereka. Seperti isteri-isteri Nabi S.A.W, mereka pergi beri’tikaf kerana mempunyai anak-anak yang sudah dewasa dan bagi pemudi yang tiada kewajipan, mereka dibolehkan beri’tikaf dengan izin wali mereka.

Beliau juga menekankan bahawa tidak boleh keluar dari i’tikaf kecuali darurat dan keperluan yang melampau, seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Jika wanita mampu beri’tikaf di rumah, maka tidak ada salahnya. Beliau turut menerangkan bahawa i’tikaf tidak ada masa atau tempoh tertentu. Jika seorang wanita diberi izin untuk tempoh tertentu, maka dibolehkan untuknya beri’tikaf di masjid sama ada waktu malam ataupun siang; sepanjang tempoh yang dibenarkan itu.

Kesimpulan
Sudah terlalu banyak kemudahan yang Allah berikan buat kita untuk melakukan amal ketaatan kepada Allah s.w.t pada hari ini. Jika bukan semua nikmatnya digunakan untuk berpenat lelah, menahan nafsu, dan bersabar dalam mentaati Allah, maka apalah guna semuanya di dunia ini. Kita sudah tidak punya alasan…
فبأي ءالاء ربكما تكذبان
“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan..
-Surah Ar-Rahman-

No comments:

Post a Comment