Monday, 21 July 2014

Tabur bungan dan menyiram air atas kubur

Amalan meletakkan cebisan-cebisan bunga di atas kubur dan menyiram air di atasnya.

Hukum meletakkan cebisan-cebisan bunga setakat pencarian saya, tiada asas dari sumber-sumber yang sahih dari al-Quran dan Hadith. Namun menyiram air di atas kubur selepas mengebumikan mayat terdapat riwayat yang menyebut:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رش على قبر ابنه إبراهيم ووضع عليه حصباء. رواه الشافعي

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyiram(merenjis) air di atas kubur anaknya Ibrahim dan meletakan batu di atasnya.” Hadith riwayat Imam Syafi’ie(rujuk: Nail al-Awtar, al-Syaukani)
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdullah RA berkata:
رُشَّ عَلَى قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَاءِ رَشًّا ; فَكَانَ الَّذِي رَشَّ عَلَى قَبْرِهِ بِلَالُ بْنُ رَبَاحٍ بَدَأَ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ مِنْ شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى انْتَهَى إلَى رِجْلَيْهِ

Maksudnya: “Kubur Nabi SAW telah disiram air ke atasnya, baginda SAW yang menyiram air di atas kubur Bilal bin Rabah iaitu Baginda SAW memulakan(siraman) dari kepalanya dari sudut kanan sehingga di bahagian kaki.” (Rujuk: Nail al-Autar, al-Syaukani)
Meski pun hadith mengenai siraman air ke atas kubur adalah lemah, namun ia menguatkan antara satu sama lain. Amalan ini juga disebut secara jelas di dalam fatwa mazhab-mazhab fiqh, iaitu pendapat mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah)
Apakah tujuan siraman ini?
Imam Nawawi menyebut di dalam ‘al-Majmuk’, bab janaiz:

ولأنه إذا لم يرش عليه الماء زال أثره فلا يعرف ، ويستحب أن يجعل عند رأسه علامة من حجر أو غيره
Maksudnya: …dan jika tidak disiramkan air ke atasnya(kubur), maka kesan kubur(pengkebumian) akan hilang dan tidak dikenali. Disunatkan juga meletakkan tanda yang berbentuk batu dan selainnya di bahagian kepala.

Menurut Imam al-Buhuti al-Hanbali di dalam kitab ‘Kasyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, kitab janaiz:
ولأن ذلك أثبت له ، وأبعد لدروسه ، وأمنع لترابه من أن تذهبه الرياح
Maksudnya: …dan kerana untuk menguatkan kubur, menjauhan ia dari hilang kesannya dan menghalang tanah kubur itu diterbangkan oleh angin.

Jelas di sini, siraman di atas kubur tidak memberi apa-apa manfaat kepada si mati. Ia merujuk agar kesan kuburan itu tidak hilang dan diterbangkan oleh angin, agar orang yang lalu lalang dapat membezakan antara tanah biasa dan tanah perkuburan. 
Amalan ini amat sesuai di tanah Arab atau padang pasir memandangkan keadaan tanahnya yang kering dan berpasir yang mudah hilang kesannya akibat tiupan angin. Manakala di Malaysia, tanahnya lembab dan tidak sekering di padang pasir, malah jika ditiup angin sekali pun ia tidak memberi apa-apa kesan. 
Sesiapa yang menyiram air di atas kubur dengan mempercayai bahawa ia memberi kesan kepada mayat, maka ini adalah perkara yang terlarang dan bercanggah dengan ajaran Islam. 

Terdapat pandangan lain yang mengharuskan meletakkan bunga atau sebarang tumbuhan hijau, namun pandangan ini amat bertentangan dengan ruh islam. berikut saya utarakan hujah mereka. 

1) Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah at-Thoolibiin : II/120

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ
Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)
2)
Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan : 


" Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya. Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di sisi kepala mayat di kubur tersebut "
Kesimpulannya,  pendapat ini sudah lama dipraktikkan bersandarkan pada hadis pelepah tamar tsbt... tapi sebahagin besar ulama menyatakan bahaw bab pelepah tamar yg dipacakkan oleh Nabi SAW ke atas dua kuburan itu adalah berkaitan dgn KHUSUSIYAT Baginda SAW.
dan perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.

s

No comments:

Post a Comment